Tips – Hari Pertama Tempuhi Alam Persekolahan

 

Tips

 

  • 2 Januari 2013, adik-adik yang berumur 7 tahun akan memasuki alam persekolahan.
  • Untuk yang tadika pula, seawal umur 5 tahun.
  • Apakah ragam yang akan ibubapa hadapi nanti?
  • Apa-apa pun diharap dapat bersabar dan tenangkan anak masing-masing.
  • Mesti ada yang menangis, gembira dan juga takut.
  • Jadi saya senaraikan beberapa tips yang boleh anda lakukan.

1. Katakan pada anak anda, “Sekolah nanti adik dapat ramai kawan. Nanti adik boleh ajak kawan tengok youtube, cerita boboiboy kat iPad adik tu.”

2. Duduk di tepi tingkap kelas anak anda tanpa memutuskan eye contact dengan anak anda.

3. Katakan pada anak anda, “Bila adik dah boleh balik nanti, kita pergi i-City tau. Ni hadiah sebab adik jadi budak baik harini.” Dan kemudian pergilah ke ATM berhampiran anda.

4. Sediakan makanan kegemaran anak anda sebelum ke sekolah. Mesti anak anda gembira.

5. Katakan pada anak anda, “Adik kena pergi sekolah, nanti dah cuti, kita pergi ujibakat ikon kecil. Barulah seimbang pelajaran dengan hiburan.”

Diharap tips ini dapat dimanfaatkan pada hari pertama nanti. Jangan pula pukul 9 pagi dah bawa anak pulang sebab tak tahan dengan perangai si anak.

Semoga kita berjumpa lagi.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Time limit is exhausted. Please reload CAPTCHA.