Matlamat dan Arah Tuju

 

Matlamat dan Arah Tuju

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera.

matlamat

Salam sejahtera kepada pengunjung Effort Lab. Jangan hairan, anda memang berada di laman yang betul. Entri ini berlainan sedikit dari entri kami yang lain kerana melibatkan penulisan. Sekali sekala kami keluarkan artikel yang menjadi boleh dijadikan sumber bacaan. Itu pun kalau ada yang nak baca la haha Kalau tidak, ini akan menjadi artikel yang syok sendiri.

Sebagai manusia, kita semestinya mempunyai matlamat dan arah tuju. Antara contoh yang mudah, kita ke sekolah untuk menuntut ilmu. Kita hidup mestilah berlandaskan sesuatu yang akan memberi manfaat kepada diri sendiri dan orang di sekeliling. Agama sememangnya harus dipatuhi, jadi kami tidak mahu libatkan soal agama kerana ia merupakan isu yang sensitif.

Pernahkah anda merenung, kehidupan anda bermula jam 5 pagi. Anda bangun untuk tunaikan kewajipan dan tanggungjawab sebagai manusia dan khalifah. Dan seperti orang lain, kita akan bekerja untuk meneruskan kehidupan. Apabila matahari hampir terbenam, anda sedang berada di dalam kesesakan lalu lintas. Mungkin ada yang sudah lali dan mungkin ada yang tertekan dengan keadaan ini. Tapi adakah anda berpuas hati dengan apa yang anda kecapi? Adakah ini matlamat hidup anda?

Anda mempunyai kerjaya yang sangat bagus, tetapi mesti ada yang tersemat di hati, sesuatu yang sangat anda ingini. Jika pada awalnya, kita meletakkan matlamat dan arah tuju untuk dicapai. Tetapi setelah pelbagai halangan yang terpaksa ditempuhi, matlamat kita makin tersasar. Adakah ini salah kita atau keadaan yang memaksa? dinafikan, kita hanya merancang. Merancang itu perlu ada dan perlu diikuti untuk memastikan kita tidak membuang masa terhadap perkara yang boleh kita elak.

Kadangkala ketika menonton televisyen, pelbagai iklan melanjutkan pelajaran yang disiarkan. Lepasan sekolah semestinya gembira dan menanamkan matlamat untuk menyambung pelajaran. Tetapi mereka seharusnya ingat, sebelum meneruskan pelajaran, lengkapkan diri dengan tekad dan memilih kursus yang betul-betul memenuhi kehendak semasa. Apakah kehendak semasa? Pasaran kerja. Ini berdasarkan pengalaman orang disekeliling, apabila kita hendak melanjutkan pelajaran, pandang ke depan, adakah kursus ini akan menempat anda dalam pasaran kerja. Jangan hanya kerana suka, anda mengikuti kursus mengikut gerak hati.
Jadi sebelum terlambat, tetapkan matlamat anda, rangka rancangan jangka panjang dan laksanakan mengikut apa yang telah di rancang. Jangan buang masa dengan perkara yang menjejaskan kehidupan kita dan mengganggu proses pencapaian. Kecap apa yang anda impikan walau terpaksa berhujan dan panas.

**************

Ok cukup sampai disitu. Tamat sudah artikel berkenaan matlamat dan arah tuju dalam skop kehidupan. Kini kami sambungkan pula kepada matlamat penubuhan laman Effort Lab.

Kami tidak menggelarkan diri sebagai blogger, apatah lagi webmaster. Kami sememangnya tidak dikenali di dunia siber. Jika kami tidak menggunakan pendekatan blogwalking dan link exchange khidmat pihak ketiga, sudah semestinya anda tidak mengetahui kewujudan laman ini. Jadi amat sukar untuk kami menempah ruang bookmark di browser anda. Kami ingin menjadikan laman ini sebagai tempat menyebarkan sesuatu, walaupun hanya sekadar gambar dan sedikit informasi, kami cuba mencari kelainan. Segala artikel yang kami paparkan mungkin akan menjadi artikel yang pertama di Malaysia dan yang kesejuta di dunia siber.

Dan menjadi perkara penting sebagai pemilik laman web ialah mempunyai pengunjung. Ada masanya, kami merasakan betapa sukarnya untuk mendapatkan pengunjung. Pelbagai cara di lakukan tetapi mungkin ada sesuatu yang kami belum mahir. Dengan purata 200+ pengunjung sehari, kami akan terus berusaha untuk menjadi antara laman web yang berlegar di jari anda apabila mengisi ruang carian google. Mungkin dalam masa terdekat, kami akan mula mengeluarkan entri bertulis. Dengan harapan apa yang kami keluarkan akan dapat memancing SEO.

Kami senaraikan apa yang kami cuba capai dalam masa terdekat, setiap hari. Ini ialah matlamat kami.

1. Jumlah pengunjung 500 atau lebih.
2. “Average Visit Duration” selama 5 minit atau lebih.
3. Pageviews 3000 sehari atau lebih.
4. “Returning Visitor” 100 atau lebih.
5. Menambah jumlah entri.

Hampir 3 bulan Effort Lab menjalani kehidupan alam siber, purata “Returning Visitor” ialah 20 orang setiap hari. Kadangkala kami tertanya-tanya siapakah pengunjung ini. Kenapa? Sebab kami amat terharu, ada yang ingat alamat laman ini dan sudi singgah setiap hari.

Sebagai penutup entri “Matlamat dan Arah Tuju”, pihak kami ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua pengunjung yang telah sudi meluangkan masa disini. Samada anda seorang blogger atau tidak. Tanpa anda siapalah kami (ayat klise sikit haha). Dan yang sudi menjawab “poll” oleh pihak nuffnang. Sesiapa yang belum jawab, boleh lihat sidebar di sebelah kanan anda. Cepat la nak dapat CPUV. Tak pernah merasa hasil lagi ni. Dah ada hasil, baru la seronok nak buat contest. Harapkan CPC, memang berjanggut la nak kumpul.

Terima kasih tidak terhingga juga kepada bloggers yang sudi singgah dan meninggalkan komen di Effort Lab. Dalam masa yang sama mereka juga membenarkan kami meninggalkan komen di laman mereka. Ini amat membantu kami mendapatkan perhatian pengunjung mereka untuk ke laman ini.

Terima kasih.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Time limit is exhausted. Please reload CAPTCHA.