Tips Awet Muda

 

Tips

 

  • Siapa yang tidak inginkan wajah dan badan yang awet muda.
  • Kalau boleh umur dah menjangkau 40an, masih kacak dan cantik.
  • Tips ini mesti dah biasa didengari dan dibaca, kerana kebanyakannya adalah “basic” untuk dilakukan.
  • Apa yang penting, buat. Jangan cuma tahu, tapi buat-buat tak tahu.

 

1. Kita mulakan senarai untuk tips awet muda dengan cara berbayar. Kalau berbayar, apa lagi, mestilah produk kecantikan. Kalau ada yang perasan, semakin hari semakin produk kecantikan yang dijual di pasaran. Pelbagai jenama dan pelbagai kegunaannya, luar dan dalam. Apa yang penting, mesti pengasas produk tu sendiri yang akan jadi model. Kalau kita guna produk tersebut, kita boleh jadi macam dia. Bertuah kan?

2. Senyum. Senyum, tak perlu kata apa-apa. Betul, senyum mampu membuatkan kita kekal awet muda, mengikut kajian saintifik. Bila kita ada masalah, kita senyum je. Tetapi sekiranya kita buat muka, nescaya masalah tu menjadi semakin memakan diri kita. Walaupun ini cara kekalkan awet muda, janganlah pula anda sentiasa senyum, bahaya.

3. Kurangkan penggunaan alat solek. Bila anda bersolek, tak kira la perempuan ke lelaki, wajah anda yang berseri-seri tu ditutupi oleh solekan tersebut. Jadi keserian tersebut hilang begitu sahaja. Beli minuman kolagen rumpai laut la, biri-biri la, untuk kecantikan. Tetapi tutup guna solekan. Tak ke membazir?

4. Senaman. Bersenamlah anda sebelum anda semakin berisi. Bila kita bersenam, badan akan kembali aktif dan memberi tindak balas yang positif. Anggap la badan kita seperti kereta. Cuba pandu berpuluh ribu kilometer tanpa tukar minyak hitam, apa yang jadi agaknya.

5. Ceriakan harimu. Point yang ini ada kaitan dengan senyum. Tak kira la apa yang melanda kita, kekalkan keceriaan kerana itu akan membuatkan anda tenang. Bila tenang, macam-macam yang kita boleh lakukan tanpa rasa serabut. Jadi, badan kita tidak akan berasa tertekan.

Itu sahaja tips untuk kali ini. Sekian terima kasih.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Time limit is exhausted. Please reload CAPTCHA.