Download Full Movie

 

Sebuah laman web yang berkongsi filem dan lagu terkini untuk download atau muat turun akan menggunakan pelbagai cara untuk mendapatkan pendapatan.

Yang menjadi pilihan ialah menjadi ahli pengiklanan. Jika dulu, iklan yang disiarkan tidak mengelirukan pembaca. Tetapi kini apabila ingin memuat turun sesebuah file, anda perlu pilih dengan betul supaya anda tidak menyimpang ke laman web lain yang tidak sepatutnya.

Banyak iklan yang dipaparkan mengelirukan pengguna. Sebagai contoh, anda ingin memuat turun contoh soalan peperiksaan spm *konon2* , dan anda telah tersalah klik, anda mungkin akan dihalakan ke laman web syarikat perkapalan.

Untuk kaki download, ini tidak menjadi masalah tetapi untuk yang jarang2 download, keadaan ini akan membuat anda geram dan kecewa. Bersungguh2 nak download kertas soalan untuk buat latih tubi, tiba2 terbuka laman web memancing.

*Kami tidak menyokong perbuatan memuat turun file haram. Salah disisi undang2. Ehem.

 

Mana satu nak tekan ni?!

dload2

 

Tension gila!

dload1

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Time limit is exhausted. Please reload CAPTCHA.