Gangster Malaysia

 

Kenapa Nak Jadi Gangster?

kl gangster

*selit gambar kl gangster sekeping

 

Entri kali ini, pihak kami ingin melontarkan sedikit pandangan dan berkongsi pengalaman mengenai satu perkara. Mungkin artikel ini lari dari tema laman web ini yakni berunsur humor, tapi apa salahnya sekali sekala digunakan untuk meluahkan pendapat.

Sebagai salah seorang penduduk di Malaysia, pernahkah anda mengalami keadaan di mana anda terlibat dalam perselisihan faham dengan seseorang atau kumpulan? Apa yang kami ingin kongsikan mungkin pernah dialami oleh pengunjung laman ini.

________________________________________

Situasi Pertama

Anda keluar rumah menaiki kereta, memandu di lorong tengah di sebuah lebuhraya 3 lorong dengan kelajuan 90km/j. Tiba-tiba kereta di lorong kanan menukar laluan di hadapan kereta anda tanpa memberikan “signal”. Anda hon, dan gumpalan penumbuk di tunjukkan kepada anda. Kalau tak hon, berdentum la jawabnya.

Situasi Kedua

Setelah sampai ke destinasi, anda pun carilah tempat untuk “park” kereta. Dan macam biasalah, terpaksa berebut untuk mendapatkannya. Apabila memandu kereta yang dibeli dengan hasil titik peluh sendiri, semestinya kita sayangkan kereta kita. Bila dah jumpa “parking”, kita pun perlahan je sebab takut terkena kereta lain. Belum apa-apa, kereta belakang pun hon. Bila dilihat siapa pemandunya, dibuatnya muka ketat. Apa masalah sebenarnya?

Situasi Ketiga

Destinasi yang dituju ialah sebuah pasaraya. Barang-barang keperluan telah diletakkan dalam troli. Tiba masanya untuk bayar. Bila membeli barang di awal atau akhir bulan semestinya pasaraya dipenuhi oleh pengunjung. Datang satu keluarga, beratur di depan anda tanpa rasa bersalah. Anda sebagai seorang yang berfikiran positif, tidak melayan perasaan geram yang tersemat. Tiba giliran keluarga tersebut untuk bayar, dimarahnya penjaga kaunter kerana kahabisan duit baki. Kesian penjaga kaunter itu.

Situasi Keempat

Penat dengan ragam manusia ketika membeli belah, anda pergi ke medan selera untuk makan bersama keluarga. Meja dipenuhi orang yang sedang menjamu selera. Anda dengan sabar menunggu giliran untuk mendapatkan meja kosong, datang satu keluarga lain mengarahkan anak kecilnya ke meja yang baru ditinggalkan oleh keluarga yang telah habis makan. Mereka duduk tanpa mengendahkan anda yang beratur macam orang bodoh. Beratur untuk “nothing”. Potong giliran satu hal, dimarahnya pekerja yang lambat mengemaskan meja walhal dia boleh guna mata untuk lihat betapa ramainya orang ketika itu.

Situasi Kelima

Selera terputus dek kejadian yang buat anda geram. Untuk elakkan kemarahan, anda menuju ke kereta. Apabila hendak memandu keluar dari tempat letak kereta, pemandu di hadapan kereta anda memaki hamun penjaga kaunter bayaran “parking” kerana cas yang mahal. Dan berkeras untuk tidak membayarnya. Pelik kan?

________________________________________

Itulah yang terjadi kebelakangan ini. Ini hanya sebahagian cerita, yang diceduk dari situasi pergi membeli-belah. Belum lagi diceritakan situasi di tempat-tempat lain.

“Aku tak nak beratur, so?”. “Kau tak puas hati, so?”. Ayat ini yang anda akan dengari apabila menyatakan ketidakpuasan hati anda terhadap kelakuan mereka. Ayat yang cenderung untuk mengajak anda menyinsing lengan baju. Kadang kami tertanya-tanya apa yang berlegar di fikiran orang seperti ini. Mungkin mereka tidak pernah bertemu ruas agaknya.

Sabar akan menjadi penghalang diri anda dari terjerumus ke adegan 18SG. Tidak rugi anda besabar. Jadi apabila ke mana-mana, beringatlah. Ramai gangster di luar sana. Tetapi kalau anda yakin anda adalah ruas, sekali sekala layankan aje buku yang mencari pasal dengan anda. Barulah buku bertemu ruas.

*Artikel ini diterbitkan berdasarkan pengalaman beberapa orang di sekeliling. Sambil test keyword hohoho

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Time limit is exhausted. Please reload CAPTCHA.