Hosting Terbaik Malaysia

Server Freak Review. Anda mencari senarai penyedia web hosting murah dan terbaik di Malaysia? Mari kami kongsikan pengalaman menggunakan perkhidmatan web hosting yang terbaik. Anda tidak perlu korbankan lagi masa anda untuk Google tentang persoalan ini.
hosting
Sebagai pengendali sebuah laman web dan blog, sudah semestinya kelancaran urusan dalam menyampaikan maklumat menjadi perkara penting. Tujuan untuk perniagaan atau blog persendirian, ia tetap berpaksikan matlamat yang sama. Demi memastikan kelancaran dalam menguruskan laman anda setiap hari, sebarang gangguan akan memberi kesan yang buruk. Contohnya server down dan asyik-asyik maintenance je. Kita sedang mengalami gangguan, buat aduan tetapi khidmat bantuan pula lambat memberi maklum balas.

Terdapat banyak penyedia web hosting yang dapat kita pilih samada dalam ataupun luar negara. Pemilihan ini bergantung kepada pengguna itu sendiri. Mungkin ada faktor tertentu yang mendorong dalam membuat pilihan.

Kenapa disarankan menggunakan khidmat penyedia web hosting di Malaysia?

Yang pertama ialah komunikasi.

Komunikasi akan menjadi lebih mudah jika anda menggunakan khidmat penyedia di Malaysia. Sebagai contoh, anda mengalami masalah dan telah menghubungi penyedia melalui email, tetapi lambat dibalas. Anda mengambil inisiatif menghubungi melalui telefon. Jika anda menggunakan telefon, lagi mudah dan murah sekiranya menghubungi penyedia di dalam Malaysia berbanding di luar negara. Contoh kedua, anda mengalami masalah yang memerlukan anda melaporkan kepada pihak penyedia. Jika anda menggunakan hosting dari luar negara, sudah semestinya memerlukan anda mengarang karangan Bahasa Inggeris. Ada situasi yang kita faham dalam Bahasa Melayu, tetapi tak pasti bagaimana untuk diolah ke Bahasa Inggeris. Jadi komunikasi memainkan peranan penting dalam memastikan kelancaran diantara perhubungan dua pihak.

Yang kedua ialah nilai matawang.

Pengiraan yang tepat perlu dilakukan dari semasa ke semasa untuk mengelakkan anda yang rugi. Nilai ini akan ada naik turunnya. Sebagai contoh, sebuah penyedia menawarkan pakej bernilai USD100 setahun. Pada tahun pertama, jika ditukar ke dalam RM, USD100 bernilai RM330. Pada tahun kedua, nilai USD tersebut tidak akan sama, iaitu akan naik atau turun. Jika nilainya turun, anda untung tetapi jika nilainya naik, anda yang rugi.

Yang ketiga ialah keutamaan.

Keutamaan disini bermaksud sebuah pihak memberi lebih perhatian terhadap keadaan atau situasi yang lebih utama. Sebagai contoh, kami gunakan pepatah “anak kera di hutan disusukan anak di rumah mati kelaparan”. Pihak penyedia web hosting sudah semestinya mengutamakan pelanggan di tempat yang paling dekat dengan mereka. Mereka tidak ingin menjadi pepatah tersebut sebagai cara mereka menawarkan khidmat. Tiada kaitan dengan kera ok. Tu pepatah je, jangan salah faham pulak haha. Jadi penyedia di Malaysia akan lebih beri keutamaan kepada penduduk Malaysia dan negara jiran yang terdekat.

————————– — — —

Dalam berpuluh syarikat penyedia web hosting di Malaysia, terdapat beberapa yang berjaya menambat hati pengguna dengan menyediakan khidmat yang terbaik. Kami di Effort Lab ingin berkongsi pengalaman menggunakan khidmat penyedia web hosting yang tidak asing lagi di Malaysia iaitu Server Freak.

Sebelum memilih penyedia web hosting di Malaysia, kami membuat perbandingan harga dan apa yang ditawarkan, serta membaca review di blog pengguna. Akhirnya kami memilih Server Freak kerana berpuas hati dengan review dan khidmat bantuannya. Kami bertanyakan beberapa soalan sebelum membuat pembayaran. Apa yang mengagumkan, email kami dibalas dalam masa cuma 30 minit! Tanpa melengahkan masa, kami membeli domain dan hosting. Senyum sampai ke telinga kot ada domain sendiri 🙂

Sejak menggunakan khidmat Server Freak pada bulan Oktober 2012 hingga kini, kami tidak mengalami sebarang masalah berkenaan server. Keseluruhan memang ok lah! Khidmat bantuan sedia memberi bantuan dalam masa terdekat. Jika mereka tidak sibuk, email anda akan di balas dalam masa 30 minit sahaja. Betul ni, tak tipu punya. Pada permulaan komunikasi dengan pihak Server Freak, kami menggunakan Bahasa Inggeris tetapi bila banyak persoalan yang kami nak tau, kami hentam guna Bahasa Melayu je. Kan senang! Jika pertanyaan anda tidak dibalas dalam tempoh yang diharapkan, anda kena faham dimana mungkin mereka ada sesuatu yang perlu dilakukan dalam masa tersebut.

Cerita sudah, sekarang jom tengok pakej terkini yang di tawarkan oleh pihak Server Freak :

sf1 sf2

Ini pula pakej untuk pelajar

sf3 sf4 sf5

Ada yang menarik minat anda? Itu baru sikit. Kalau nak tengok dengan lebih lanjut di laman web Server Freak, klik banner dibawah.

sfhosting

Untuk pertanyaan dan promosi terkini, anda boleh hubungi khidmat bantuan mereka di sini. Untung-untung anda akan dapat diskaun. Untuk pengguna platform blogspot dan wordpress, tidak rugi sekiranya anda bertukar ke hosting berbayar. Anda akan mendapat lebih kelebihan yang tidak terkata. Wow!

Kami ingin mengucapkan terima kasih kepada pihak Server Freak yang telah memberi khidmat dan maklum balas positif sepanjang kami menggunakan perkhidmatan mereka. Kami akan terus menggunakan khidmat mereka pada masa hadapan.

*Review ini diterbit berdasarkan pengalaman kami sendiri. Lain padang lain belalang, lain orang lain pengalaman.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Time limit is exhausted. Please reload CAPTCHA.