Lagu Lucah Bruno Mars – Locked Out Of Heaven

 

bruno

 

Seperti kebiasaan pada hari bekerja, kesesakan memang tidak dapat lagi dielakkan dan terpaksa kami tempuhi. Satu persatu siaran radio ditukar untuk mencari lagu yang dikeudarakan. Penat memandu belum hilang, radio pula asyik menyiarkan iklan. Setelah berhempas pulas mencari, akhirnya sebuah radio berbahasa Melayu telah memutarkan lagu Inggeris.

“Akhirnya ada pun lagu. Menarik juga rentaknya.”

Kami layankan sahaja rentak lagu itu. Bosan kerana terlalu lama memandu. Liriknya kami tidak pasti kerana kurang bijak dalam bahasa Inggeris. Setelah lagu itu tiba di penghujungnya, DJ yang bertugas telah menyebut judul lagu tersebut.

————————————————————

Komputer di buka, semangat untuk update blog telah membara. Idea datang mencurah-curah tetapi jari tidak dapat berfungsi sebagaimana yang di kehendaki. Mungkin penat memandu masih belum reda lagi. Mungkin baca surat khabar online bahagian gosip artis dapat bantu mencari perkataan dan tajuk yang sesuai untuk entri. Baru la dapat trafik dan sebarkan fitnah secara berhemah.

“Tadi lagu apa yang aku dengar masa drive yer..”

Jika tidak silap dan salah, lagu yang di putarkan ialah Bruno Mars. Tajuknya Locked Out Of Heaven. Homepage Google terpampang pada skrin komputer.

“OK, nama penyanyi dan tajuk lagu telah ditaip. Enter.”

Oh yeah yeah
Oh yeah yeah yeah
Ooh!
Oh yeah yeah
Oh yeah yeah yeah
Ooh!
Never had much faith in love or miracles
Never wanna put my heart on the line
But swimming in your waters is something spiritual
I’m gonna get every time you spend the night
Cause your s*x takes me to paradise
Yeah your s*x takes me to paradise
And it shows, yeah, yeah, yeah
Cause you make feel like, I’ve been locked out of heaven
…..
You bring me to my knees
You make me testify
You can make sinner change his ways
Open up your gates cause I can’t wait to see the light
And right there is where I wanna stay
Cause your s*x takes me to paradise
Yeah your s*x takes me to paradise

Alangkah terkejutnya melihat apa yang kami lihat. Betul ke lirik lagu ini sedemikian? Terus terlintas di fikiran, takkan la pihak pengurusan radio tak periksa lirik lagu ni sebelum di mainkan di corong radio pendengar.

Oh, lagu Kaka Zizan Bawaku Pergi kena banned sebab menggalakkan remaja lari dari rumah.

Open up your gates cause I can’t wait to see the light – Berdouble-double meaning dah haa

Anda nilaikanlah sendiri. Kami cuma nak berkongsi pendapat.

 

* Mungkin ada yang menganggap kami close-minded.

* “Dah tu siapa suruh kau dengar? Dengar muzik kan haram. Melalaikan. Baik kau dengar radio keagamaan” Ya, memang ini silap kami. Kami manusia yang alpa yang tak lari dari kesilapan.

** Entri ni kami nak sediakan pada pertengahan bulan Disember tahun lepas tetapi asyik lupa je. Mungkin ada yang dah tau tentang hal ni. Lagu ni dah lama di putarkan radio tetapi anda masih boleh mendengarkannya pada hari ini.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Time limit is exhausted. Please reload CAPTCHA.