Jatuh Cinta Dengan Penyelamat Yang Selamatkannya Akibat Ditikam

Melissa Dohme, 20 tahun, seorang penuntut perempuan di Florida cedera parah akibat ditikam di muka. Tikaman 32 kali itu mengakibatkan dia kehilangan gigi, tengkoraknya retak dan patah hidung. Mukanya hampir tidak dapat dikenalpasti.

Kejadian ini berlaku pada 24 Januari 2013 di hadapan rumah Dohme. Dia diserang oleh bekas kekasihnya, Robert Lee Burton. Ketika orang awam menunggu Dohme untuk dirawat, Cameron Hill, 38 tahun, antara penyelamat yang terawal tiba untuk membawa dia ke hospital. Dia dirawat di hospital selama 3 minggu. Tikaman tersebut mengakibatkan dia mengalami lumpuh kekal di bahagian kiri mukanya. Selepas beberapa bulan kejadian itu berlaku, Hill dan Dohme membuat atur janji untuk bertemu. Akhirnya mereka menjadi pasangan yang bercinta 🙂

Dan Burton, bekas kekasihnya sedang dibicarakan atas pertuduhan membunuh. Boleh tak anda bayangkan, tinggi si penyerang 6 kaki 4 inci telah serang mangsa yang cuma berketinggian 5 kaki. Memang nak lawan pun tak boleh.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Time limit is exhausted. Please reload CAPTCHA.