Kenapa Tulisan Doktor Buruk

Tulisan doktor buruk? Seperti cakar ayam dan susah nak dibaca? Ada yang kata belajar tinggi-tinggi tetapi tulisan tah apa-apa sampai orang pun tak boleh nak baca. Amboi! Suka-suka hati je nak cakap macamtu yer.


*Tepuk dahi je la tengok tulisan ni. Sepatah pun tak faham.

Tahukah anda kenapa tulisan doktor sampai jadi tahap sebegitu? Puncanya ialah semasa mereka menghadiri kuliah di kolej ataupun universiti, mereka perlu mencatat nota yang bertimbun-timbun semasa pensyarah menyampaikan sesuatu maklumat. Kalau lambat salin, memang bye bye la.

Setiap kelas yang dihadiri akan catat perkara yang berbeza. Kalau seminggu ada 15 kelas, 15 kelas tersebut akan belajar perkara yang berbeza dan 1 kelas akan ada nota yang banyak untuk dicatat.

Kenapa tak guna buku rujukan atau slide? Buku rujukan terlampau tebal dan slide terlalu ringkas. Sesetengah perkara yang diucapkan oleh pensyarah adalah berdasarkan pengalaman mereka sendiri. Sesetengah perkataan yang kita baca dari tulisan tangan doktor adalah perkataan yang diringkaskan. Dan perkataan tersebut juga ada melibatkan bidang perubatan. Hanya mereka je la yang faham.

*Boleh caya ke ni puncanya? Ini berdasarkan pengalaman disekeliling. Mungkin ada punca lain yang tak dinyatakan jugak.

One thought on “Kenapa Tulisan Doktor Buruk

  1. Jarang sekali doctor tulis cantik. Sebab time exam banyak yang perlu di senaraikan Dan explains dah tu nak kejar masa lagi.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Time limit is exhausted. Please reload CAPTCHA.