Remaja Jalan Kaki 10 Batu Cari Kerja [5 gambar]

ketika Art Bouvier, pemilik restoran Papa Roux berada di hadapan kedainya, dia didatangi Jhaqueil Reagan yang ingin bertanyakan arah. Bouvier memaklumkan jarak yang dituju remaja 18 tahun terbabit sejauh hampir 7 hingga 8 batu. Dia menyarankan supaya remaja terbabit menaiki bas kerana cuaca yang sejuk.

Kemudian Bouvier dan isterinya memandu lalu terserempak dengan remaja terbabit yang masih berjalan.
Reagan tidak naik bas kerana dia telah kehabisan duit dan sudah berjalan 3 batu untuk ke tempat yang dituju iaitu tempat temuduga.

Bouvier kagum dengan semangat remaja tersebut dan mahu mengambil Reagan bekerja serta sanggup menggandakan upahnya. Ibu remaja itu telah mati dan dia ingin bekerja untuk menanggung adiknya. Dia juga sudah tidak bersekolah.

Pihak wartawan dari Fox59 yang menemubual Bouvier telah memaklumkan perkara berikut kepada IndyGo, iaitu penyedia perkhidmatan pengangkutan awam. Reagan telah mendapat pas untuk menaiki bas secara percuma selama setahun. Kejadian ini berlaku di Indianapolis, amerika.

1. Art Bouvier, pemilik restoran Papa Roux

2.

3. Jhaqueil Reagan

4.

5. Jarak yang dilalui oleh Reagan pada hari tersebut

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Time limit is exhausted. Please reload CAPTCHA.