Suman Khatun Budak Gemuk Di India [3 gambar]

Suman Khatun, 6 tahun dari Bengal Barat, India, merupakan antara kanak-kanak paling gemuk di dunia. Kanak-kanak perempuan ini mempunyai berat lebih kurang 75kg. Gaji mingguan bapanya, Jamal 38 tahun, digunakan untuk membeli makanan Suman, yang menyebabkan ahli keluarga lain kelaparan. Setelah ibunya, Beli Bibi 32 tahun, menyuap anaknya itu, tidak lama kemudian Suman akan pergi ke rumah jiran untuk mendapatkan makanan lagi.

Purata makanan mingguan yang dimakan oleh Suman ialah 14kg beras, 8kg kentang, 8kg ikan dan 180 pisang serta ais krim dan kek. Jika tidak disuap makanan apabila diminta, dia akan menangis sehingga hidungnya berdarah. Kata ibunya, hanya makanan dapat buat anaknya bahagia.

Jom kita tengok waktu makan Suman.

7 pagi – 20 keping biskut dan 12 pisang.
9.30 pagi – 2 pinggan nasi dan 5 telur.
Tambahan – 15 keping biskut, 2 bungkus keropok ringan, 10 pisang
12 tengahari – 2 pinggan nasi, 2 mangkuk kari ikan dan kentang, 2 telur hancur.
Tambahan – 10 gula-gula, 15 biskut, 2 paket keropok ringan, 10 pisang,.
Makan malam – 2 pinggan nasi, 2 mangkuk kari ikan dan kentang.

Tu dia! Macamana la budak tu tak bulat?! Dijamunya sampai sebegitu sekali.

1.


2.

3. Dua balang beras yang akan dimakan dalam masa seminggu.

*ini berita tahun2 lepas.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Time limit is exhausted. Please reload CAPTCHA.