Cara Meningkatkan Trafik Blog

Teknik, tips dan cara untuk meningkatkan atau menaikkan trafik blog akan kami kongsikan dalam artikel ini. Terdapat 10 cara mudah yang pasti anda mampu lakukan. Cara ini boleh dilakukan oleh pengguna blogspot atau wordpress dan juga yang mempunyai domain sendiri. Tanpa mengeluarkan apa-apa bayaran, anda cuma memerlukan sedikit masa untuk meningkatkan trafik. Kalau anda post sesebuah artikel, sudah tentu lagi seronok kalau ada ramai yang membacanya bukan?

1. Nama dan Penerangan Blog
0003510
Ramai yang mengambil mudah dalam pemilihan nama untuk blog. Tahukah anda, ia juga memainkan peranan untuk menjadi salah satu hasil keputusan carian enjin seperti google. Sebagai contoh, jika blog anda blog masakan, gunakan apa-apa nama yang berkaitan dengan masakan. Dan penerangan blog ataupun description, masukkan huraian untuk blog anda ringkas dan tepat. Untuk pengguna blogspot, anda boleh ubah di dashboard, klik Setting > Basic > Description (edit). Description ini juga perlulah berkaitan dengan jenis blog.

 

2. Update atau Mengemaskini Kandungan Blog
0003513
Update kandungan blog anda sekurang-kurangnya sehari sekali. Jika blog anda jenis isu semasa, lagi mudah. Anda inginkan pengunjung setiap hari, jadi anda juga perlu buat sedemikian iaitu update setiap hari. Sebagai contoh, anda berkunjung ke blog A, Isnin Selasa dia update tetapi Rabu sampai Jumaat dia tak update. Anda sudah tentu jadi malas nak berkunjung lagi sebab tak tau bila hari yang sebetulnya akan ada kandungan terbaru.

 

3. Hasilkan Kandungan Yang Bermutu
0003508
Hasilkan sebuah kandungan yang membuatkan pengunjung akan datang lagi keesokan harinya. Dan mungkin dia akan memaklumkan tentang blog anda kepada kenalannya. Kandungan yang dimaksudkan ialah sesuatu yang berkemungkinan akan di cari di google. Sebagai contoh, hasilkan artikel tentang Jenis-Jenis Insurans. Tajuk artikel anda perlulah tepat dan padat.

 

4. Hasilkan Kandungan Mengikut Isu Semasa
0003507
Ini satu cara yang paling mudah untuk mendapatkan trafik. Anda boleh mendapatkan maklumat mengenai isu semasa hanya melalui radio, televisyen ataupun surat khabar, tak perlu susah-susah nak cari ilham berfikir. Sebagai contoh, isu pilihan raya. Anda nyatakan isi-isi penting mengenai pilihan raya seperti tarikh penamaan calon, tarikh mengundi dan calon untuk setiap negeri. Tajuk artikel anda ini juga perlu tepat dan padat.

 

5. Ping atau Submit Kandungan Anda Kepada Pihak Ketiga
0003512
Setelah kandungan anda disiarkan, kongsikan ia dengan orang lain. Cara perkongsian yang anda boleh buat ialah ping atau submit kandungan tersebut kepada pihak ketiga. Sebagai contoh, kami menggunakan khidmat busuk.org kerana ia sangat mudah, pantas dan trafik yang tinggi! Apa yang anda perlukan cuma akaun FB atau Twitter. Log in menggunakan akaun FB atau Twitter anda di busuk.org, dan submit link kandungan tersebut. Kurang faham untuk menggunakan khidmat ping di busuk.org? Sila tinggalkan pertanyaan di ruangan komen, kami akan bantu anda.
😀

 

6. Guna Rangkaian Media Sosial
0003509
FB, Twitter dan Youtube merupakan media sosial yang berpengaruh di internet. Gunakan medium ini sebagai cara kedua untuk menyebarkan kandungan blog anda. Jika anda mempunyai jumlah rakan yang ramai, itu sangat membantu meningkatkan trafik. Copy link kandungan anda, paste ke ruang status, enter, siap! Tunggu seminit dua, mesti ada yang berkunjung ke blog.

 

7. Blogwalking Untuk Tinggalkan Jejak
0003506
Cara meningkatkan trafik yang seterusnya ialah melalui blogwalking, iaitu berkunjung ke blog lain dan meninggalkan komen. Disini amat ditekankan supaya jangan sesekali meninggalkan link blog atau link artikel anda dalam komen tersebut. Itu dikira sebagai spam. Google amat tidak menyukai spam. Kami gunakan platform blogspot sebagai contoh. Pastikan anda meletakkan link blog anda di bahagian maklumat google+ ataupun blogger profile. Setelah anda meninggalkan komen, tuan blog akan baca komen dan tengok profile anda. Dia pun klik la link blog anda untuk tengok siapa la yang sudi jenguk blog dia. Itu pun dikira trafik tau! Dan untuk blog ini, anda boleh isikan nama, email dan link blog anda sebelum komen untuk tinggalkan jejak.

 

8. Menyertai Forum
0003504
Ini cara lama digunakan oleh ramai tuan blog. Anda daftar di sesebuah forum dan letakkan link blog anda sebagai signature. Tapi pastikan anda baca syarat forum tersebut, yang membenarkan anda berbuat begini. Dah letak signature, anda tinggalkan komen di mana-mana thread forum, pasti akan ada orang yang klik signature anda.

 

9. Menganjurkan Peraduan
0003511
Peraduan yang dianjurkan boleh dibuat dengan cara mengeluarkan duit ataupun secara percuma. Cara yang melibatkan duit ialah anjurkan peraduan yang menyediakan hadiah berbayar. Sebagai contoh, peserta yang ingin menyertai peraduan perlu buat artikel mengenai blog anda dan pemenangnya akan menang RM50. Dan untuk yang percuma ialah pemenang peraduan akan menjadi senarai bloglist atau menang ruang sewa iklan di blog anda. Bagaimana anda dapat trafik? Peserta peraduan perlu letakkan link blog anda dalam artikel yang mereka hasilkan sebagai syarat untuk menyertai peraduan. Apabila pengunjung ke blog peserta, link blog anda mungkin akan di klik oleh mereka.

 

10. Link Blog Diakhir Kandungan Email
0003503
Cara ini juga merupakan cara lama yang masih dilakukan untuk mendapatkan trafik. Anda pastinya berhubung dengan seseorang menggunakan email, contohnya ketika bekerja. Link blog anda boleh diletakkan diakhir kandungan email tersebut. Tetapi diingatkan supaya tidak email link blog anda kepada orang lain tanpa apa-apa kandungan lain kerana itu dikira spam.

Diharap dengan 10 cara yang kami kongsikan ini membantu anda untuk dapatkan trafik seperti yang diingini.
😀

*Untuk siapa yang sudi, sila like fanpage kami disini dan add personal page disini. Kami juga tengah mencari fanpage dan personal page yang sudi share link blog kami.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Time limit is exhausted. Please reload CAPTCHA.