Menang Saman 1.6 Juta Kerana Ada Katak Di Tanahnya

Siapa sangka, fobia mampu buat seseorang itu jadi kaya. Kejadian fobia yang berlaku di Clarence, New York memang menguntungkan.

Paul Marinaccio Sr. mengalami fobia terhadap katak sejak zaman kanak-kanak lagi. Kini dia berusia 65 tahun. Pemaju di kawasan berhampiran tanahnya telah mengalirkan air dan menyebabkan tanahnya menjadi lembap. Tanah yang lembap dan berair menjadi tempat yang sesuai untuk katak membiak. Akibatnya, katak mula memenuhi tanahnya dan menyebabkan dia terpaksa memanggil anak perempuannya yang tinggal di kawasan lain untuk menghalau katak. Anaknya datang 2 3 kali seminggu. Kerana tidak tahan dengan katak yang semakin banyak, dia mengambil keputusan untuk menyaman pihak pemaju terbabit. Dia telah memenangi saman tersebut yang bernilai USD 1.6 juta!

Fobia sampai jadi jutawan!
😀

1.

2.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Time limit is exhausted. Please reload CAPTCHA.