Pasang Semula Gigi Lepas Tersalah Cabut

Kim Green, 44 tahun, mengalami saat yang mengerikan dalam hidupnya. Dia mengalami jangkitan akar gigi dan telah berjumpa Justin George, 34 tahun, seorang doktor gigi.

1. Kim Green

Green pergi ke klinik doktor tersebut dan giginya telah berjaya dicabut. Dia pulang ke rumah dan 2 jam kemudian, dia menghubungi klinik untuk memaklumkan bahawa gigi yang dicabut merupakan gigi yang salah. George menyarankan Green datang kembali untuk dipasang semula gigi yang telah dicabut, dan mengakui kesalahannya. Doktor tersebut pun pasang la gigi tu, yakni di kawasan yang mengalami jangkitan! Bersebelahan dengan gigi yang bermasalah. Gigi yang sepatutnya dicabut pun telah dicabut. Dia mengalami sakit yang terlampau dan hanya diberi painkiller untuk tahan sakit sementara temu janji yang seterusnya. Akibat tidak dapat nak tanggung sakit, dia pergi ke hospital keesokan hari. Rawatan susulan diberi dan siasatan terhadap doktor gigi dijalankan.

Alasan yang diberikan oleh George ialah: Imbasan x-ray telah diambil tetapi dia tak cek pun. Dia hanya ikut cakap pesakit, gigi mana yang sakit, lalu dia pun cabut tanpa periksa. Kenapa dia tak cek x-ray? Katanya hanya dia seorang je doktor yang bertugas dan pesakit pula ramai. Situasi tersebut menyebabkan dia terkejar-kejar dan mengakibatkan tekanan. Jururawat pula tidak dapat membantunya kerana kebanyakan daripada mereka ialah pekerja baru dan silih-berganti. Dan menyifatkan kejadian ini satu kemalangan. Kejadian ini berlaku di bandar taunton, amerika.

Takut pulak nak jumpa doktor gigi..

2. Justin George

3. Contoh gigi yang terkena jangkitan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Time limit is exhausted. Please reload CAPTCHA.