Seluar Yang Sesuai Dipakai Untuk Pergi Makan [6 gambar]

Gluttony Pants keluaran Betabrand ialah seluar yang amat sesuai untuk dipakai ketika pergi menjamu selera. Contohnya ketika buffet, kita akan bedal apa yang ada sampai seluar jadi sendat. Masa tu, untuk yang lelaki, akan adjust lubang tali pinggang, tak nak senak perut punya pasal 😀

Seluar ini amat memahami si pemakai yang menghadapi situasi seluar sendat. Ada 3 butang dengan jarak berbeza disediakan pada Gluttony Pants, tujuannya untuk memastikan keselesaan pemakai ketika perut biasa2 dan ketika sendat. Jarak butang tersebut ialah ketat, sederhana dan longgar. Dikeluarkan dengan rekaan straight cut, seluar ini hanya terdapat dalam warna coklat dan bersaiz 32 inci. Diperbuat daripada kapas dan boleh dibasuh dengan menggunakan mesin. Jika cari Gluttony Pants di kedai, anda tidak akan menemuinya kerana hanya boleh dibeli melalui betabrand.com dengan harga USD100.

Ada yang dapat ilham nak hasilkan di Malaysia tak?

1.


2.

3.

4.

5.

6.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Time limit is exhausted. Please reload CAPTCHA.