Tunggang Kuda Ke Tempat Kerja [6 gambar]

Seorang pengarah syarikat dan pembantunya menunggang kuda untuk pergi ke tempat kerja. Old He, pemilik sebuah syarikat swasta di Xianyang, China, mempunyai beberapa kereta bernilai jutaan Yuan tetapi memilih cara ini untuk pergi kerja. Dia tidak tahan dengan masalah kesesakan lalu lintas yang dihadapi sekiranya ke tempat kerja dengan menaiki kereta. Dia cuma naik kereta sekiranya cuaca tidak menentu contohnya hujan.

Kuda tunggangannya diberi nama Wu Zhui dan dibeli dengan harga 80ribu. Jarak di antara rumah dengan pejabatnya ialah 7 hingga 8 kilometer, dan mengambil masa 20 minit jika menaiki kereta. Dan bila menunggang kuda akan mengambil masa 20 minit lebih tetapi lebih menyeronokkan. Mengenai undang-undang, dia berkata di China tidak mempunyai undang-undang yang menghalang penggunaan kuda di tempat awam.

*1 Yuan sama dengan RM0.50

1.


2.

3.

4.

5.

6.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Time limit is exhausted. Please reload CAPTCHA.