X-Ray Kesan Memakai Korset [4 gambar]

Apakah kesan memakai korset/corset? Seperti yang kita tau, golongan wanita akan pakai korset untuk mendapatkan bentuk badan yang menarik. Walaupun pemakaian korset menyebabkan sukar untuk bernafas, badan terseksa dan rimas, mereka akan pakai demi kepuasan diri. Itu hak individu. Bagaimanapun, seeloknya pakailah mengikut keselesaan dan yang tidak menjejaskan kesihatan. Berbalik kepada tajuk, Émilie Marie Bouchaud, seorang penyanyi perancis (1874 – 1939) memiliki pinggang dengan ukur lilit cuma 16 inci! Kami nak kongsikan bagaimana keadaan tulang badannya apabila imbasan x-ray dilakukan.

1.

Teruskan Membaca

Penghidap Sindrom Prader-Willi Sentiasa Lapar

Ava Carvey, kanak-kanak perempuan berusia 5 tahun merupakan penghidap Sindrom Prader-Willi (PWS). Penghidap sindrom ini akan berasa sentiasa lapar dan akan makan setiap masa hingga boleh membawa maut. Ava disahkan menghidap PWS pada umur 9 minggu. Ibunya, Marika Carvey, 35 tahun terpaksa mengurungnya untuk memastikan anaknya jauh dari makanan. Keadaan ini terpaksa dilakukan untuk mengelak anaknya dari terus makan dan mengakibatkan obesiti. Adik-beradiknya yang lain juga terpaksa makan di tempat yang tidak dilihat oleh Ava, supaya dia tidak sedih melihat makanan. Buffet merupakan keadaan yang amat menakutkan oleh ibunya kerana Ava akan makan apa yang ada dihadapannya tanpa henti.

1.

Sindrom Prader-Willi ialah Teruskan Membaca

Rokok Elektronik Pertama Di Dunia

Rokok elektronik atau e-Cigarette pertama kali direka ialah pada tahun 2003 oleh SBT Co Ltd, sebuah syarikat yang berpusat di Beijing. Pada tahun 2004, syarikat ini dikuasai oleh Golden Dragon Group Ltd dan diambil alih oleh Ruyan untuk tujuan mengembangkan lagi teknologi e-Cigarette. Dan akhirnya, pihak yang menambahbaik rokok elektronik ini diberi nama SBT RUYAN Technology & Development Co, Ltd.

Model yang dihasilkan seperti rokok tradisional dan dikuasakan oleh bateri. Hasil kajian yang dijalankan, nikotin akan sampai ke paru-paru perokok dalam masa 7 hingga 10 saat. Rokok elektronik keluaran syarikat ini dijual pada harga USD208 sebatang.

Dah lama rokok ni berada di pasaran rupanya.
😀

1.

Teruskan Membaca