Andrew Brackin Penerima Dana PayPal USD100000

Andrew Brackin, 18 tahun, salah seorang dari 20 orang usahawan muda yang menerima dana dari pihak Paypal. The Thiel Fellowship yang diasaskan oleh Peter Thiel, pengasas bersama syarikat Paypal. Remaja yang berbakat dari seluruh dunia dikumpulkan untuk memajukan sesebuah teknologi. Thiel memaklumkan yang pendidikan di universiti hanya membazir masa dan wang untuk sesetengah penuntut. Brackin menerima dana berjumlah USD100,000 dan memerlukan dia berpindah ke San Francisco, California untuk membangunkan idea teknologinya. Dia juga terpaksa berhenti belajar di universiti selama beberapa tahun. Platform yang dibangunkan oleh Brackin ialah “Bunchy”, yang membenarkan organisasi seperti kebajikan meraih sumbangan melalui laman web dan media sosial.

1. Andrew Brackin

The Thiel Fellowship diasaskan sejak dua tahun lepas, telah berjaya melahirkan usahawan muda yang berjaya. 30 syarikat baru telah ditubuhkan dan menghasilkan produk baru dan peluang pekerjaan.

Untuk makluman, PayPal ialah syarikat yang membenarkan pengguna di seluruh dunia melakukan pembayaran dan pindahan wang melalui internet. Bertuah la siapa yang dapat dana ni!
😀
2.

3. Peter Thiel

4.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Time limit is exhausted. Please reload CAPTCHA.