Cara Mengetahui Tangki Minyak Kiri Atau Kanan

Bagaimana cara untuk mengetahui kedudukan tangki minyak kereta di sebelah kiri atau kanan?

Cara ini boleh digunakan untuk kereta yang mempunyai dashboard dengan meter bukan elektronik. Jika kereta anda guna meter elektronik, ia sememangnya akan memaparkan kedudukan tangki minyak. Apa yang kami ingin kongsikan berguna sekiranya anda memandu kereta sendiri atau yang bukan milik anda. Contohnya kereta milik ahli keluarga dan rakan-rakan. Takkan pinjam je, faham2 sendiri, dah guna kena la isi balik minyak.

Cuba anda lihat pada logo atau ikon pam minyak pada meter di dashboard kereta anda.

Sekiranya ia menunjukkan logo pam seperti gambar di bawah, kedudukan tangki ialah di sebelah kanan. Mengapa? Cuba lihat arah anak panah, ia menunjukkan arah kanan. Arah itu menunjukkan kedudukan tangki minyak.

Dan jika ia seperti gambar di bawah, kedudukannya di sebelah kiri.

“Meter saya ada logo pam, tetapi tiada anak panah. Bagaimana pula?”

Contoh meter dengan logo yang dimaksudkan dalam situasi ini boleh lihat gambar di bawah.

Kedudukan nozzle pam menunjukkan arah tangki minyak kereta. Jika nozzle di sebelah kiri, maka kiri la tangki, dan jika di sebelah kanan, kanan la tangkinya.

Mudah bukan? Tak semua pemandu memandu kenderaan dengan meter elektronik. Jadi lepas ni jangan jadikan alasan tak isi minyak sebab tak tau tangki di kiri atau kanan ok.

😀

One thought on “Cara Mengetahui Tangki Minyak Kiri Atau Kanan

  1. serius, aku pun baru perasan bila baca benda ni. haha

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Time limit is exhausted. Please reload CAPTCHA.