Eliel Santos Memancing Di Bandar New York

Eliel Santos, 38 tahun, menjadikan longkang di bandar New York sebagai tempat memancing dan mencari rezeki. Apa yang dia pancing? Dia “memancing” barang2 dan duit syiling yang terjatuh dalam longkang yang berpenutup besi. Bila jatuh, orang susah nak ambil balik. Jadi dia menggunakan tali, magnet dan gam untuk mendapatkan benda yang jatuh tersebut. Dalam sehari, Santos mampu memperolehi USD150. Banyak kot!

1.

Barang2 yang dia berjaya pancing antaranya ialah duit syiling, iPod Nano, rantai emas tiruan dan iPhone. Serta emas dan berlian bernilai USD1800. Dia juga pernah membantu orang yang kunci keretanya terjatuh dalam longkang. Santos membantunya, berjaya dan diberikan ganjaran USD50.
😀
Hari yang paling menguntungkan ialah hari perarakan di kawasan New York.

Kebanyakan orang tidak memberikan tumpuan ketika lalu di kawasan longkang. Mereka nak ambil sesuatu dalam poket dan dalam masa yang sama, sesuatu barang akan jatuh. Contohnya duit syiling.

2.

3.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Time limit is exhausted. Please reload CAPTCHA.