Flipstick – Tempat Duduk Mudah Alih [10 gambar]

Flipstick merupakan tempat duduk mudah alih atau kerusi yang berbentuk seperti tongkat. Apabila anda berjalan, menunggu dan memerlukan tempat duduk, anda tidak perlu cari kerusi, cuma guna Flipstick. Bagaimana ia berfungsi? Tekan satu butang, tempat duduk berbentuk seperti tempat duduk basikal akan dilaraskan. Dan boleh la anda duduk.

Flipstick mampu menampung berat orang yang duduk sehingga 130kg. Ia diperbuat daripada aluminium dan bahan2 yang sewaktu dengannya untuk memastikan ia kuat dan ringan. Ketinggian Flipstick ialah 87.6cm. Tempat duduknya pula diperbuat daripada plastik. Direka khusus untuk keselesaan, ia sesuai digunakan di kebanyakan permukaan tanah dan lantai.

Terdapat 2 jenis Flipstick yang dihasilkan iaitu Flipstick Original dan Flipstick Foldaway. Flipstick Original sesuai digunakan untuk pengguna yang tidak memerlukan ia dilipat. Contohnya bersiar2 di taman. Harganya ialah RM88. Manakala Flipstick Foldaway pula sesuai untuk orang yang gemar melancong. Ia boleh dilipat dan disimpan didalam beg sandang. Harganya ialah RM140. Dua2 rekaan ini boleh didapati dalam 9 warna. Sesiapa yang berminat nak beli benda alah ni, boleh la layari flipstick.co.uk
😀
1.


2.

3.

4.

5.

6.

7.

8.

9.

10.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Time limit is exhausted. Please reload CAPTCHA.