Penghidap Sindrom Prader-Willi Sentiasa Lapar

Ava Carvey, kanak-kanak perempuan berusia 5 tahun merupakan penghidap Sindrom Prader-Willi (PWS). Penghidap sindrom ini akan berasa sentiasa lapar dan akan makan setiap masa hingga boleh membawa maut. Ava disahkan menghidap PWS pada umur 9 minggu. Ibunya, Marika Carvey, 35 tahun terpaksa mengurungnya untuk memastikan anaknya jauh dari makanan. Keadaan ini terpaksa dilakukan untuk mengelak anaknya dari terus makan dan mengakibatkan obesiti. Adik-beradiknya yang lain juga terpaksa makan di tempat yang tidak dilihat oleh Ava, supaya dia tidak sedih melihat makanan. Buffet merupakan keadaan yang amat menakutkan oleh ibunya kerana Ava akan makan apa yang ada dihadapannya tanpa henti.

1.

Sindrom Prader-Willi ialah masalah genetik yang jarang berlaku. Tahap pembakaran kalori oleh penghidap sindrom ini amat rendah. Penghidapnya mampu makan 3 hinga 6 kali lebih banyak dari kanak-kanak normal dan mampu makan tanpa henti. Sindrom ini tiada penawarnya.

Harap2 la adik comel ni tak kena obesiti kan.
😀

2.

3.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Time limit is exhausted. Please reload CAPTCHA.