Simpan Lemak Sendiri Di Bank Lemak

Bank lemak yang diberi nama Liquid Gold merupakan tempat dimana anda boleh menyimpan lemak badan anda. Pakar pembedahan plastik, Dr. Jeffrey Hartog memaklumkan lemak yang disimpan boleh diguna untuk kegunaan masa hadapan. Lemak akan disedut, dibersihkan dan disimpan beku dengan suhu -192 darjah celsius.

1.

Lemak yang disimpan akan digunakan dalam situasi contohnya selepas kemalangan. Wanita juga cenderung untuk menyimpan lemak dengan tujuan pembesaran bahagian2 badan yang diingini.

Bagaimana pula dengan kos penyimpanan?

Lemak yang disimpan dengan saiz lebih kurang secawan kopi akan dikenakan kos USD900 pada tahun pertama dan USD200 untuk tahun seterusnya. Tetapi pakar pembedahan lain mempunyai pendapat yang berbeza dengan Dr. Hartog. Dr. Stephen Baker dan Dr. Daniel Del Vecchio menyatakan bahawa lemak yang telah dikeluar dari badan dan dibekukan tidak “segar” untuk digunakan semula. Ia bukanlah seperti anggota dalaman badan yang lain.

Prosedur yang dijalankan memang selamat tapi berisiko untuk dimasukkan semula ke dalam badan.

Agak2 kalau lembu untuk disembelih kurus je, boleh jugak buat bank lemak lembu.
😀

2.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Time limit is exhausted. Please reload CAPTCHA.