Usahawan Indonesia Erick Thohir Beli Inter Milan

Erick Thohir, seorang usahawan di indonesia menyatakan hasratnya untuk membeli kelab bola ternama Liga Itali, Inter Milan. Dianggarkan 260 juta Euro akan ditawarkan dan itu membolehkan beliau memiliki 80 peratus pegangan dalam Inter Milan. Beliau memiliki perniagaan dalam bidang media, seperti percetakan, media massa dan pengiklanan. Berita tentang pembelian ini tidak mengejutkan pemilik dan presiden kelab, Massimo Moratti. Dana untuk kelab akan lebih bertambah. Pada awal tahun ini, beberapa pihak telah menunjukkan minat untuk menguasai kedudukan dalam kelab. Namun senyap macamtu aje. Thohir merupakan peminat tegar bola keranjang. Yakni dia adalah pemilik kelab bola keranjang NBA, Philadelphia 76ers dan 2 kelab di indonesia. Berita ini belum lagi disahkan, nak kata khabar angin pun tak jugak.

1. Erick Thohir

Kalau takde angin, pokok takkan bergoyang. Jika pembelian ini menjadi kenyataan, dunia akan lebih mengenali negara asia.

2.

3. Massimo Moratti

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Time limit is exhausted. Please reload CAPTCHA.