111 Pokok Ditanam Sempena Kelahiran Bayi Di Kampung Piplantri

Kampung Piplantri di India mempunyai cara yang tersendiri dalam menyambut kelahiran bayi. Setiap bayi perempuan yang lahir, sebanyak 111 batang pokok buah akan ditanam. Cara yang menarik ini dimulakan oleh ketua kampung, Shyam Sundar Paliwal. Ia dilakukan ketika kematian anak perempuannya pada usia yang muda. Kenapa tanam pokok? Ia umpama memberi masa depan yang baik untuk bayi, seperti pokok yang membesar. Kenapa 111 batang pokok? Angka ini dipercayai ada kaitan dengan agama anutan mereka iaitu Hindu. Dalam masa yang sama, penduduk kampung akan kumpul duit berjumlah usd380 dan dimasukkan ke dalam akaun bayi tersebut. Sebanyak usd180 pula dimasukkan oleh ibu bapa bayi tersebut. Bayi perempuan akan di hantar ke sekolah, dikahwinkan apabila tiba waktu yang sesuai dan menjaga pokok yang membesar bersama2 mereka.

1.
Kampung-Piplantri-Village-111-pokok-tree

Dalam masa 6 tahun, sebanyak hampir 250 ribu pokok telah ditanam. Bagus la ketua Kampung Piplantri.
😀
Biasanya bayi perempuan akan direndahkan martabatnya, tapi ia tidak berlaku di kampung ini.

2.
Kampung-Piplantri-Village-111-pokok-tree-2

3.
Kampung-Piplantri-Village-111-pokok-tree-3

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Time limit is exhausted. Please reload CAPTCHA.