The Cortex – Simen Tangan Patah Moden [5 gambar]

The Cortex diilhamkan oleh pihak Jake Evill merupakan simen jenis moden yang digunakan oleh seseorang yang mengalami tangan patah atau retak. Penggunaan simen jenis tradisional boleh menyebabkan kegatalan dan berbau. Namun sebaliknya dengan penggunaan The Cortex. Ia ringan tetapi kukuh, tidak berbau dan pemakaiannya lebih kemas. Ia juga boleh dibasuh dan pesakit boleh memakai baju lengan panjang tanpa masalah.

Untuk mendapatkan saiz yang sesuai, tangan pesakit akan di x-ray. Ini bertujuan untuk mengenal pasti bahagian yang patah atau retak. Kemudian scan 3D akan dilakukan untuk mendapatkan bentuk tangan. Data yang dikumpul akan disimpan dalam sistem, dan digunakan untuk penghasilan simen mengikut saiz tangan. Hasilnya amat memuaskan, lebih kemas dan membantu dalam proses pemulihan.

1.


2.

3.

4.

5.

Info dan gambar oleh jakevilldesign.dunked.com/cortex

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Time limit is exhausted. Please reload CAPTCHA.