The Kitchen Safe – Bekas Makanan Berkunci

The Kitchen Safe merupakan sebuah bekas makanan berpenutup yang mempunyai kunci. Simpan makanan anda dan tetapkan masa bila anda ingin bekas tersebut boleh dibuka. Ia adalah ilham oleh David Krippendorf, 39 tahun yang merupakan seorang penggemar coklat. Ketika dirumah, dia akan makan apa yang ada. Jadi untuk elakkan makan tanpa henti, bekas ini dihasilkan. Apabila tiba waktu bekas ini boleh dibuka, baru la dia boleh makan makanan seperti biskut atau keropok. Bekas makanan ini sesuai untuk orang yang tengah berdiet tapi mempunyai keinginan untuk makan yang tinggi. Masa untuk kunci bekas ini boleh ditetapkan selama 1 minit hingga 10 hari. Walaupun ia bekas untuk makanan, tetapi boleh juga dijadikan tempat menyimpan barang.

1.

Sebagai contoh, simpan gadjet anak2 supaya mereka tidak leka ketika buat latihan sekolah. Bila tiba masanya, baru mereka dapat guna gadjet2 tersebut.

Apa pendapat anda?
😀
2.

3.

*kalau dah lapar, mau dihempasnya benda alah ni ke lantai. Kan? haha

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Time limit is exhausted. Please reload CAPTCHA.