APOPO – Latih Tikus Kesan Periuk Api

HeroRATs atau Mine Detection Rats (MDRs) merupakan gelaran tikus yang dilatih untuk mengesan periuk api. Organisasi bukan kerajaan, APOPO memainkan peranan dalam menguruskan tikus “African Giant Pouched” ini. Deria bau tikus amat kuat kerana dapat mengesan bau bahan letupan. Sebagai upah, ia diberi makan pisang dan kacang. Ia dapat membantu dalam proses pengesanan periuk api yang aktif dan belum meletup .

Jika menggunakan tenaga manusia dan teknologi, kos yang mahal diperlukan. Jadi Bart Weetjens dari Belgium telah menjalankan program dan kajian melalui Belgian Office for International Cooperation menggunakan tikus. Tikus dipilih kerana ia lebih ringan berbanding anjing. Sekiranya tikus berada di atas periuk api, ia tidak diaktifkan dan tidak meletup. Hasil kajian Weetjens menunjukkan hasil positif.

1.

Kebolehan HeroRATS dicuba di kawasan penduduk di Tanzania dan beberapa negara di benua Afrika dan ia berjaya mengesan periuk api. Sejak APOPO melancarkan MDRs pada tahun 2006, sebanyak 2406 periuk api, 992 bom serta 13025 senjata api dan peluru berjaya ditemui!
😀
Kalau latih hamster boleh tak?

2. Bart Weetjens

3.

4.

5.

6.

7.

8.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Time limit is exhausted. Please reload CAPTCHA.