Kes Tembakan Sepanjang 2013

“Kronologi Kes Tembakan Di Malaysia” yang berlaku pada tahun ini makin meningkat dan nampaknya tiada tanda ia akan berakhir dalam masa terdekat. Naik mendadak pada bulan Februari 2013, boleh dikatakan purata kes tembak dan mati ialah 4 kes sebulan. Dan mungkin lebih sebenarnya. Yang pasti, orang awam berasa terancam, walaupun kes tembak ini telah mensasarkan individu tertentu. Manakan tidak, kalaulah tembakan itu tersasar, pasti orang lain yang jadi mangsa. Pasukan polis juga akan terus menyiasat punca atau motif kejadian sehingga tertangkapnya individu yang bertanggungjawab. Antara persoalan utama ialah bagaimana penggunaan senjata api secara terbuka boleh berlaku dan pembunuhan ala tiada maaf bagimu – yakni tembak berdas-das dalam jarak yang dekat sampai mati.
kes-tembak-malaysia-2013
Seperti kebiasaan, sebelum sesuatu perkara disahkan akan wujudnya spekulasi, khabar angin dan juga hentaman. Maka dalam isu tembakan ini, terdapat juga pendapat hasil pembacaan dan pendengaran yang hendak diluah dan dikongsi. Setelah disuapkan fakta-fakta melalui media massa di Malaysia, kami kupaskan punca-punca isu ini secara amnya.

1. Dendam
Ini menjadi punca yang top kepada isu ini. Sebelum tindakan untuk tembak seseorang dilakukan, mungkin terdapat dendam kesumat yang tidak berbalas. Selagi tak berpuas hati, ditambah pula target sedang berbahagia, memang hati makin terbakar. Dendam pula terbahagi kepada beberapa sudut, antaranya pernah dikhianati dan dipergunakan. Mungkin dulu2 penembak dan mangsa pernah jadi kawan, tiba-tiba salah seorang ditangkap dan sorang lagi terlepas. Setelah keluar dari penjara, dicarinya yang terlepas untuk dibunuh. Berkemungkinan.

2. Dengki
“Aku tengok si A ni makin hari makin kaya pulak. Kereta pun besar. Tak boleh jadi ni. Sama-sama jual lemang, tapi dia yang lagi kaya. Siap kau!” Haa dengki ni pun jadi faktor yang mendorong kepada kes tembakan. Kalau pergi serang guna parang, kantoi pulak dengan mangsa sekiranya dia selamat, juga kantoi dengan saksi disekeliling. Guna pistol, tembak dan blah je. Berkemungkinan.

3. Pembunuh Upahan
Sebagai contoh, satu target cuma perlu bayar hanya RM1000.00. Murah bukan? Upah orang je untuk tembak, nama pun tak kotor. Pistol tak usah ditanya mana dapat dan datangnya, sedangkan gajah boleh diseludup, apatah lagi anak kucing. Beberapa tahun lepas, negara dipenuhi dengan khidmat pinjaman wang tanpa lesen, along. Bunuh sana tetak sini. Kini dipenuhi pula dengan khidmat pembunuh upahan. Ada cek FB tak? Mana tau ada group tersendiri. Berkemungkinan.

4. Gangsterism
Seperti yang kita tahu, gejala gangsterism boleh tahan penyebarannya di Malaysia. Sekolah pun tak habis lagi, tapi kekejaman yang diorang telah dan akan buat memang menakutkan. Kumpulan yang ada pula bukan satu atau dua, tapi banyak. Dan seperti yang digembar-gemburkan bagai nak rak di televisyen serta filem melayu, mereka akan bersaing dalam menguasai sesuatu contohnya perebutan kawasan dan perniagaan. Apabila berlaku perselisihan faham, tidak mustahil pertumpahan darah akan berlaku. Berkemungkinan.

5. Rasuah
Point ni juga memainkan peranan dalam isu tembakan. Tetapi jika ingin dikupas lebih mendalam, takut lain jadinya. Silap-silap kena tutup blog ni.

Sebagai rakyat yang berada dalam ketakutan di Malaysia yang aman makmur indah damai ini, berharap isu tembak menembak dapat ditangani oleh pihak keselamatan negara. Kami tahu, pihak berwajib bersengkang mata siang dan malam untuk menyelesaikan kes-kes yang ada. Dalam masa yang sama mereka juga bersiap sedia jika berlakunya kes terbaru. Teruskan usaha anda.

Banteras sebelum terlambat.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Time limit is exhausted. Please reload CAPTCHA.