Peraduan Sebarkan EffortLab

**UPDATE 14 September 2013, dengan dukacita dan berat hati, peraduan ini dibatalkan kerana tidak mendapat sambutan. 1 hingga 14 Sept, sebanyak 0 penyertaan yang kami terima. Ya, kosong. Mungkin peraduan like sudah tidak relevan ataupun ada faktor lain.

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Maklumat Peraduan

Peraduan ini berlangsung pada 01 hingga 30 September 2013. Keputusan akan diumumkan pada minggu pertama Oktober 2013. Anda boleh menyertainya sepanjang tempoh peraduan, samada awal, pertengahan atau pada tarikh akhir iaitu 30 Sept 2013. Penyertaan selepas tempoh ini tidak diterima. Gambar Peraduan : KLIK SINI

Senarai Hadiah – Wang Tunai

Kategori Utama
Tempat Pertama : RM100.00
Tempat Kedua     : RM70.00
Tempat Ketiga     : RM50.00

Kategori Bonus
RM20.00 x 5 pemenang

Syarat-Syarat

1. Memiliki akaun Facebook Personal (Bukan akaun fanpage dan group).
– Pastikan nama anda dan gambar dalam akaun tidak mengandungi unsur-unsur negatif seperti judi dan lucah.
2. Memiliki salah satu daripada akaun bank ini – Maybank, CIMB, Bank Islam atau RHB.
Itu sahaja! 😀

Bagaimana Pemenang Ditentukan

Kategori Utama
Jumlah like paling banyak untuk gambar peraduan kami. Like sahaja. Jumlah komen dan share tidak dikira.

Kategori Bonus
Ayat mempromosikan blog ini secara unik dan pemahaman anda tentang blog effortlab.

Bagaimana Untuk Menyertainya

Kategori Utama

Sila ikut langkah 1 hingga 15 seperti yang disediakan.

peraduan-like-effortlab-01
========================seterusnya========================
peraduan-like-effortlab-02
========================seterusnya========================
peraduan-like-effortlab-03
========================seterusnya========================
peraduan-like-effortlab-04
========================seterusnya========================
Gambar Peraduan : KLIK SINI
Tak tahu nak save gambar macamana? Cuma klik kanan atas gambar dan “save image as” ke komputer/laptop anda.
peraduan-like-effortlab-05
========================seterusnya========================
peraduan-like-effortlab-06
========================seterusnya========================
peraduan-like-effortlab-07
========================seterusnya========================
peraduan-like-effortlab-08
========================seterusnya========================
peraduan-like-effortlab-09

Kategori Bonus

Anda masih berpeluang menang dalam peraduan ini sekiranya anda tidak menerima jumlah like yang banyak. Hanya perlu tulis ayat promosi blog ini secara unik dan pemahaman anda tentang blog effortlab berserta 3 link post blog effortlab. Ia akan dinilai sendiri oleh kami. 😀

★ Pesanan Dari Kami

Seperti yang kita tahu, hasil daripada usaha yang dilakukan akan menjadi darah daging hingga mati. Senang cerita kami tak halalkan untuk yang menang melalui penipuan guna auto-like. Mungkin kat dunia perkara ini tiada masalah untuk anda. Tapi fikir sendiri la akibatnya yer.. Promote kaw-kaw tetapi jangan sampai spam ok! Semoga berjaya!
😀

Soal Jawab

1. Boleh percaya ke peraduan ni? Kenapa senang je pihak EffortLab nak bagi duit? Zaman sekarang ada macam-macam penipuan.
Tujuan utama peraduan ini diadakan untuk mempromosi blog effortlab.com. Anda tahu tentang kewujudan blog ini? Ramai yang masih tak tahu. Untuk makluman, sudah hampir setahun kami berada di internet. Melalui peraduan ini, kami ingin menghargai peserta yang membantu menyebarkan kewujudan effortlab.

2. Bagaimana pembayaran akan dilakukan?
Apabila pemenang ditentukan, kami akan menghubunginya melalui email atau FB untuk mendapatkan nama dan nombor akaun bank. Wang akan kami masukkan melalui mesin deposit tunai.

3. Adakah peraduan ini telus? Atau berpihak kepada sesebuah pihak?
Telus. Kami akan berlaku adil.

4. Perlu like fanpage effortlab? Atau perlu add effortlab.joehaz sebagai kawan?
Tidak perlu like page dan add sebagai kawan. Tetapi like anda akan menjadi tanda sokongan peserta terhadap blog kami. Peserta digalakkan untuk like kerana perkembangan peraduan akan kami update disitu. Dalam masa yang sama, add friend sebagai tanda persahabatan. Jika anda lihat fanpage kami, status diupdate cuma 2 kali sehari. Sekiranya jumlah like makin bertambah, kami akan update dengan lebih kerap.

Fanpage kami : KLIK SINI
Add kami : KLIK SINI

5. Bagaimana saya nak tahu samada penyertaan saya diterima atau tidak?
Apabila anda menghantar email penyertaan kepada kami, ia akan dibalas secepat mungkin. Samada penyertaan diterima atau tidak, sila rujuk email tersebut.

6. Kalau saya ada 3 akaun, boleh tak saya sertai guna akaun-akaun tersebut?
Boleh. Namun sila hantarkan penyertaan tersebut menggunakan email yang berlainan. 1 email untuk 1 penyertaan.

7. FB je ke? Media sosial lain boleh join tak?
FB sahaja. Namun boleh guna media sosial lain untuk tujuan promosi.

8. Setelah saya join, boleh tak saya nak tukar ayat promosi dan 3 link untuk post?
Boleh, tiada masalah. Namun sekiranya ayat promosi pertama menarik dan layak menang hadiah, tetapi setelah ayat kedua peserta hanya ayat biasa, peserta lain yang akan menang.

9. 3 link sahaja? Kalau kurang atau lebih?
Jika kurang, penyertaan akan ditolak. Jika 3 dan lebih, amatlah digalakkan.

10. Ini skim piramid ke? Kalau refer kat member tentang peraduan ni dapat komisen tak?
Ini bukan skim piramid. Kalau refer memang tak akan dapat apa-apa. Tapi kalau member tolong like gambar yang anda upload, anda boleh bahagikan hasil yang dimenangi. Win-win situation.

11. Nak join perlu ada blog ke?
Tak perlu. Yang ada blog boleh join, yang tiada pun boleh join.

12. Boleh guna ayat “panas” untuk promosi?
Tidak dibenarkan sama sekali. Penyertaan anda akan dibatalkan. Sila elakkan guna bahasa lucah, perkauman dan lain-lain yang berunsur negatif.

13. Selain dari email, boleh tak tinggalkan nama dengan link kat ruangan komen post ni?
Tak boleh. Lebih formal apabila menggunakan email. Sekiranya ada peraduan pada masa akan datang, kami akan maklumkan melalui email.

14. Saya nak join, tapi takde akaun bank seperti yang dinyatakan. Boleh tukar hadiah dengan top up tak?
Boleh, anda boleh sertai peraduan ini tetapi hanya untuk kategori bonus sahaja. Kami akan gantikan wang tunai dengan top up.

15. Adakah saya berpeluang untuk menang kedua-dua kategori?
Ya jika anda lakukan seperti yang sepatutnya.

16. Adakah terdapat nama pemilik FB yang tidak boleh menyertai peraduan ini?
Pastikan nama anda dan gambar dalam akaun tidak mengandungi unsur-unsur negatif seperti judi dan lucah.

17. Peraduan ini ada had penyertaan? Untuk 500 orang terawal? 1000 orang?
Setakat ini, tiada had penyertaan untuk kedua-dua kategori. Jika ada, hanya untuk kategori utama dan kami akan maklumkan perkara ini.

18. Kenapa peraduan ni sebulan? Lama giler.
Jika ada yang sertai peraduan ini pada minggu akhir bulan September, peluang untuk peserta tersebut menang kategori utama agak sukar. Jadi dia masih berpeluang untuk menang kategori bonus.

Untuk sebarang pertanyaan lain, sila tinggalkannya di ruangan komen. Atau,
Sila email kami di contact [at] effortlab.com. Atau,
Sila PM kami di FB, KLIK SINI.

4 thoughts on “Peraduan Sebarkan EffortLab

  1. peraduan ni dibatalkan ke?

  2. hoho..sudah run contest. bagus, tahniah..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Time limit is exhausted. Please reload CAPTCHA.