Siput Membesar Dalam Luka Di Lutut

Paul Franklin, 4 tahun mengalami luka di lutut ketika bercuti di pantai. Lututnya luka setelah terjatuh di kawasan berbatu. Ibunya, Rachael, ingat ia hanya luka biasa. Dia letak antibiotik dan balut tetapi ambil masa yang lama untuk sembuh. Apabila pulang ke rumah, lututnya masih belum sembuh. Jadi Rachael bawa Paul pergi jumpa doktor dan katanya ia disebabkan jangkitan. Selepas 10 hari guna ubat yang doktor bagi, luka tetap tak sembuh2. Nak dijadikan kisahnya, ketika Paul bermain ice skating, dia jatuh dan menyebabkan lututnya kembali terluka. Ibunya periksa luka tersebut dan melihat sesuatu didalamnya, yang disangkakan batu. Tetapi apabila dipicit, yang keluar ialah seekor siput laut! Selepas 3 minggu sejak pulang dari bercuti, baru tau apa puncanya.

1.

Bagaimana kejadian ni boleh berlaku? Ia berkemungkinan Paul terjatuh di kawasan sarang siput. Jadi telurnya termasuk ke dalam luka dan menetas. Kini ibu bapanya sedang mencari pakar marin untuk menjelaskan keadaan yang dialami oleh anak mereka. Dan siput tersebut diletakkan dalam akuarium di rumah mereka.

Seriau jugak bila terbayangkan ada binatang hidup bawah kulit kita. Siput pulak tu! Erk!

2.

3.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Time limit is exhausted. Please reload CAPTCHA.