Beza Mentega Dan Marjerin

Apa perbezaan di antara marjerin dengan mentega/butter? Untuk sesiapa yang selalu berada di dapur, samada memasak atau membuat kek dan kuih, sudah tentu tidak menjadi masalah untuk membezakannya. Tetapi tak semua orang tahu. Main bedal je. Janji rupanya hampir2 sama. Jom kita kenal pasti perbezaan 2 sumber makanan ini!

1. Marjerin

2. Mentega

Tekstur
Ini merupakan perbezaan yang boleh kita lihat. Apabila bekas/pembalut dibuka, mentega kelihatan berkrim manakala marjerin kelihatan seperti ada lapisan plastik. Sebab tu bila nak sapu mentega di roti agak susah berbanding sapu marjerin. Cuba buat ni: sapu mentega dan marjerin pada kepingan roti yang berbeza. Dah sapu? Tabur gula. Tengok kepingan roti mana yang gula senang nak lekat.
🙂
Apabila Terdedah
Jika anda membiarkan kedua2 sumber makanan ini terdedah kepada suhu bilik *ayat buku teks sains*, anda boleh tengok perbezaannya. Mentega akan ada kulat, manakala marjerin pula tidak. Tentang lalat hinggap atau tak, rasanya lalat hinggap je pada kedua2 ni. Peduli pulak dia.

Kandungan
Seperti yang sedia maklum, mentega diperbuat daripada susu manakala marjerin pula daripada campuran minyak sayuran dan produk tenusu.

3. Perbandingan

Sekadar perkongsian, jika ada silap dan salah sila maklumkan. Walaupun marjerin lebih banyak keburukan dari mentega, tapi nasi goreng guna marjerin memang sedap!

Olahan semula:
pengalaman sendiri
halaqah.net/v10/index.php?topic=11253.0

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Time limit is exhausted. Please reload CAPTCHA.