Cara Nak Buat Email [Bergambar]

Berikut ialah cara-cara untuk membuat email baru berserta gambar. Langkah-langkah yang lengkap ini untuk buat akaun email Gmail. Namun jika anda ingin buat akaun Yahoo Mail, caranya hampir sama. Kami akan terangkan dalam Bahasa Melayu, khas untuk penduduk di Malaysia. Diharap apa yang anda cari terjawab melalui post ini.
🙂
Mula-mula, taip google.com.my pada browser internet anda.

1. Ikut anak panah.
cara-nak-buat-email

2. Ikut anak panah.
cara-nak-buat-email-2

3. Isi maklumat yang diperlukan.
cara-nak-buat-email-3

Name
– Sila guna nama anda sendiri atau nama orang. Elakkan guna nama selain dari nama orang seperti benda atau syarikat. Jika guna jugak dan telah dikesan, pihak google akan beri peringatan supaya menukarnya.

Choose your username
– Nama yang anda ingini untuk email anda. Sila rujuk gambar sebagai contoh. Hanya penggunaan huruf, nombor dan noktah dibenarkan.

Create a password
– Sekurang-kurangnya 8 karakter. Kata laluan yang selamat ialah kombinasi diantara huruf, nombor dan simbol.

Confirm your password
– Ulang semula password diatas.

Birthday
– Tarikh lahir anda.

Gender
– Jantina anda.

Mobile phone
– Nombor telefon anda. Tujuannya untuk membolehkan pihak Google hantar SMS mengandungi 6 digit nombor kepada anda, untuk pengesahan akaun. Dan juga jika berlaku aktiviti mencurigakan pada akaun email anda yang dilakukan oleh orang lain, SMS akan dihantar sebagai peringatan.

Your current email address
– Email lain yang anda ada. Jika tiada, biarkan kosong.

Untuk bahagian Prove you’re not a robot, anda ada 2 pilihan samada:
– ingin isi “captcha” seperti contoh A, (Type the two..) atau
– tandakan Skip this… seperti contoh B

Contoh A
cara-nak-buat-email-4

Contoh B – Anda akan dapat SMS mengandungi 6 digit nombor.
cara-nak-buat-email-5

Kemudian pilih Malaysia sebagai lokasi anda.
Tandakan I agree.. dan Google may..
Dah tanda, klik Next Step.

4. Ikut anak panah.
cara-nak-buat-email-6

5. Ikut anak panah.
cara-nak-buat-email-7

6. Email anda telah aktif dan sudah boleh digunakan! Ini contoh paparan yang anda akan lihat.
cara-nak-buat-email-8

7. Rujuk anak panah untuk ubahsuai akaun anda. Klik Sign Out untuk keluar dari akaun.
cara-nak-buat-email-9

8. Pergi semula ke gambar nombor 2. Masukkan alamat dan password email anda dengan betul, klik Sign in dan selamat berkomunikasi!
cara-nak-buat-email-10

**Dah ada banyak email dan perlukan cara untuk padam akaun tersebut? Klik sini: Cara Nak Delete Akaun Gmail [Bergambar]

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Time limit is exhausted. Please reload CAPTCHA.