Hadiah Untuk Lelaki

Lelaki dilahirkan dengan sifat seperti seorang ketua. Ini menjadikan mereka insan yang dominan dan pelindung terutama melibatkan orang yang mereka kasihi. Samada kasih sayang kepada keluarga, pasangan ataupun orang di sekeliling. Apabila tiba suatu hari yang istimewa, seperti hari jadi/“birthday”, ulang tahun perkahwinan/”anniversary” dan atas nama persahabatan, sudah pasti si gadis ingin beri sesuatu yang akan membuatkan pasangannya gembira dan berasa bertuah. Hadiah yang ingin diberi seharusnya mengikut personaliti si penerima. Barulah nilai pemberian tersebut akan lebih bermakna dan dihargai. Maksudnya, perlu tahu apa yang dia suka dan tak suka, serta apa yang boleh dan yang tak boleh bagi.

gambar-kartun-lelaki
Artikel ini dikeluarkan khusus untuk wanita atau perempuan dalam mengenal pasti apa hadiah yang menjadi kesukaan lelaki. Untuk lelaki yang ingin bagi kepada kawan lelaki, tiada masalah rasanya. Sesetengah wanita mungkin sudah tahu, namun ada juga yang tak tahu apa yang menjadi kegemaran dan jenis barang apa yang disukai. Si gadis dan isteri yang tidak mengenali lebih mendalam apa yang suami, pasangan, kekasih, atau teman lelaki, akan menghadapi kesukaran dalam memilih pemberian yang sesuai dan paling diimpikan oleh si jejaka. Jadi amat penting untuk kenal jenis lelaki contohnya suka bergaya, macho, cool dan berjiwa seni.

Sempena ketibaan hari seperti yang kami sebutkan diatas, ini merupakan senarai untuk idea, cadangan dan contoh pemberian terbaik yang mampu memikat dan tawan hati si dia. Juga berguna ketika ingin memujuknya ketika merajuk. Contoh ini juga boleh digunakan apabila ingin beri sesuatu kepada sahabat atau member, tak semestinya untuk pasangan sahaja. Diharap selepas ini para gadis tahu apa yang buah hati ingini.

Tak tahu nak bagi apa? Lelaki suka apa eh?

1. Kesetiaan
Tak perlu keluarkan duit untuk ini. Jadilah pasangan yang setia. Amat penting!

2. Barangan Kulit
Dompet/wallet dan tali pinggang. Takkan la si jejaka nak guna dompet diperbuat dari kain kan haha

3. Pakaian
Jersi! Boleh dikatakan 99 peratus lelaki suka pakai jersi walaupun mereka tak minat bola. Selain dari itu, anda juga boleh bagi kemeja dan jeans.

4. Minyak Wangi
Ikut selera si pemakai. Jangan ikut selera anda pulak!

5. Aksesori
Tengok si dia pakai jam jenis macamana. Dia minat tali jenis kulit atau besi? Cincin pun boleh.

6. Gadjet
Smartphone, kamera, MP3 dan segala gadjet yang terkini la. Mesti si jejaka rasa up-to-date seiring dengan perkembangan semasa. Cewah!

7. Barangan Komputer
Bila call je, dia jawab tengah main game. Ini hadiah yang paling sesuai dan pasti akan buat dia gembira. Tapi anda kena sabar la, sudah tentu dia akan luangkan lebih masa dengan komputer berbanding anda haha

8. Permainan Model
Hanya yang minat je tau kepuasan hasilkan model-model ni. Contohnya model jet dan robot.

9. Barangan Motor dan Kereta
Untuk motor, helmet dan kasut. Dan contoh untuk kereta ialah radio dan LCD. Jika mampu, sportrim. Terbaik!

10. Alat muzik
Kalau yang guna elektrik, mahal harganya. Jadi hadiahkan gitar kapok pun sudah memadai.

Entri yang berkaitan: Hadiah Untuk Perempuan/Wanita

One thought on “Hadiah Untuk Lelaki

  1. selain daripada nii ?? susah laa nk bg hdiah kat lakii .. 1bulan dh sy fikir hdiah utk dia .. tp maseh ta dpt jawapan lg .. 🙁

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Time limit is exhausted. Please reload CAPTCHA.