Hadiah Untuk Perempuan

Wanita atau perempuan dilahirkan dengan sifat yang lembut dan penyayang. Ini menjadikan mereka insan yang sensitif, terutama melibatkan orang yang mereka kasihi. Samada kasih sayang kepada keluarga, pasangan ataupun orang di sekeliling. Apabila tiba suatu hari yang istimewa, seperti hari jadi/“birthday”, ulang tahun perkahwinan/”anniversary” dan atas nama persahabatan, sudah pasti si jejaka ingin beri sesuatu yang akan memenangi hati wanita. Hadiah yang ingin diberi seharusnya mengikut personaliti si penerima. Barulah nilai pemberian tersebut akan lebih bermakna dan dihargai. Maksudnya, perlu tahu apa yang dia suka dan tak suka, serta apa yang boleh dan yang tak boleh bagi.

gambar-kartun-perempuan
Artikel ini dikeluarkan khusus untuk lelaki dalam mengenal pasti apa hadiah yang menjadi kesukaan wanita. Untuk perempuan yang ingin bagi kepada kawan perempuan, tiada masalah rasanya. Sesetengah lelaki mungkin sudah tahu, namun ada juga yang tak tahu apa yang menjadi kegemaran dan jenis barang apa yang disukai. Si jejaka dan suami yang tidak mengenali lebih mendalam apa yang isteri, pasangan, kekasih, atau teman wanita, akan menghadapi kesukaran dalam memilih pemberian yang sesuai dan paling diimpikan oleh si gadis.

Sempena ketibaan hari seperti yang kami sebutkan diatas, ini merupakan senarai untuk idea, cadangan dan contoh pemberian terbaik yang mampu memikat dan tawan hati si dia. Juga berguna ketika ingin memujuknya ketika merajuk. Contoh ini juga boleh digunakan apabila ingin beri sesuatu kepada sahabat atau member, tak semestinya untuk pasangan sahaja. Diharap selepas ini sang pria tahu apa yang buah hati ingini.

Tak tahu nak bagi apa? Perempuan suka apa eh?

1. Perhatian
Ini amat amat amat amat istimewa. Anda kira sendirilah betapa banyaknya amat, nak maklumkan yang betapa istimewanya perhatian yang anda berikan.

2. Teddy Bear/Anak Patung
Umur hanya angka. Wanita yang dah umur lebih 30 pun masih sukakan hadiah ini.

3. Bunga dan Coklat
Memang tidak dapat dipisahkan. Untuk si lelaki, jangan percaya jika perempuan kata saya tak suka coklat. Tipu tu haha Sebenarnya mereka takut gemuk!

4. Beg Tangan/Hand Bag dan Purse
Pilih jenis dan warna yang senang untuk padan dengan pakaian mereka. Tak tahu? Tanya!

5. Kasut
Lain orang lain selera. Ada yang suka bertumit tinggi, tumit rata dan juga hanya sandal.

6. Pakaian
Samada selendang, tudung bawal, tudung siakap, baju, seluar dan skirt. Tengok si perempuan suka pakai apa bila keluar, di situ anda akan tahu nak beri apa.

7. Minyak Wangi dan Alat Solek/Make Up
Untuk alat solek, kena tahu si dia guna jenama apa. Kalau main hentam tukar-tukar jenama, boleh rosak kulit. Minyak wangi? Tanya jangan tak tanya.

8. Aksesori
Rantai, gelang, cincin dan subang. Tak mahal tak apa, makna pemberian tu lagi penting.

9. Novel dan Diari
Kenal pasti jiwa si penerima. Jangan salah beri pulak. Dia minat novel cinta, awak bagi novel Ramlee Awang Murshid. Memang tak kena la!

10. Haiwan Peliharaan
Top 3 haiwan yang sesuai iaitu kucing, hamster dan sugar glider.

Entri yang berkaitan: Hadiah Untuk Lelaki

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Time limit is exhausted. Please reload CAPTCHA.