Harga Setem Untuk Pos Surat

Untuk yang dah lama tak pergi pejabat pos untuk hantar surat, pasti tak tau nak tampal berapa keping dan berapa nilai setem. Kan? Kadar terkini harga setem yang dikeluarkan oleh pihak Pos Malaysia dikira mengikut saiz dan berat sampul. Dan tidak mustahil nilai ini akan naik pada masa hadapan. Nak lekat berapa keping setem pada sampul? Risau kad raya tak sampai? Harga minimum atau maksimum setem untuk pos surat? Kaedah penghantaran memerlukan surat dilekatkan dengan setem yang mempunyai nilai mencukupi dengan berat dan saiz yang telah ditetapkan.
pos-malaysia
Kami nak kongsikan tentang surat yang ingin dipos dalam negara atau domestik. Surat terbahagi kepada 2 iaitu Mel Standard dan Mel Bukan Standard.
Ukuran sampul menggunakan mm, 10mm = 1cm.

Mel Standard

Surat yang bersampul yang boleh dilentur dan memenuhi syarat-syarat yang berikut:

Berat maksimum sehingga 50gm.
Saiz minimum    : 140 mm (panjang) x 90 mm (lebar)
Saiz maksimum : 250 mm (panjang) x 165 mm (lebar)
Ketebalan minimum 0.25 mm dan maksimum 6.00 mm
Sampul surat ini juga menggunakan kertas yang tidak berkilat dan berwarna putih, coklat atau mempunyai ton warna yang lembut di bahagian hadapan sampul.
Tidak dicetak timbul, tiada apa2 tebukan dan dilekat sepenuhnya.

Kadar Bayaran Pos Bagi Mel Standard:

Berat sehingga 20gm              – RM0.60
Berat diantara 20gm ke 50gm – RM0.70

Contohnya sampul kad raya.

Mel Bukan Standard

Surat yang bersampul dan berkotak, berukuran maksimum 600mm (panjang) x 250mm (lebar) x 30mm (tinggi). Beratnya tidak boleh melebihi 2kg.

sampul-surat

Berat 0 hingga 50gm        RM 0.80
Diantara 50gm – 100gm   RM 0.90
Diantara 100gm – 250gm RM 1.00
Diantara 250gm – 500gm RM 2.00
Diantara 500gm – 1kg       RM 3.50
Diantara 1kg – 2kg            RM 5.50

Contohnya sampul bersaiz A4.

Kurang jelas dan ada soalan? Anda boleh hubungi talian khidmat pelanggan Pos Malaysia di talian 1 300 300 300. Waktu yang boleh dihubungi ialah Isnin – Jumaat : 8.30 pagi hingga 8.00 malam. Sabtu : 8:30 pagi hingga 5:00 ptg (kecuali Sabtu pertama setiap bulan atau Cuti Umum). Jangan ada yang telefon hari Ahad pulak!
🙂
Sumber: Pos Malaysia
1, 2

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Time limit is exhausted. Please reload CAPTCHA.