Kes Bayi Mati Di Taska

Kes atau isu kematian bayi dan kanak-kanak di pusat asuhan boleh dikatakan kerap berlaku. Jika kita baca laporan yang disediakan oleh pihak media, pelbagai punca terutama faktor ekonomi yang menjurus kepada peningkatan jumlah ini. Bayi yang tidak berdosa meninggal dunia akibat sikap tidak bertanggungjawab samada pengasuh atau ibu bapa sendiri. Antara kes-kes terkini ialah mati akibat tersedak susu dan didera. Post ini dikarang bukan untuk mencari salah mana-mana pihak. Lapangkan minda anda. Pihak ibu bapa dan pusat jagaan akan mengambil atau membuat keputusan akibat terdesak.

Pusat asuhan, Taska atau Nursery
Sesetengah pemilik taska mengambil jalan mudah untuk mencari pendapatan. Sesetengah, bukan semua. Walaupun tidak cukup kakitangan, pemilik tetap menerima bayi untuk dijaga. Sebagai contoh, pekerja cuma ada 4 orang, tetapi terima kanak-kanak sehingga 15 orang. Akibatnya? tak sempat nak jaga dengan elok dan terlepas pandang. Inilah punca bayi meninggal akibat tersedak susu dan sesak nafas kerana ada masalah kesihatan. Itu tak masuk lagi masalah peribadi pekerja. Andai kata dia mengalami masalah di rumah, tak pasal2 diheretnya masalah itu ke taska. Kepala tengah serabut, budak pulak bising dan menangis. Maka wujudlah kes dera, dilambung, dihempas dan digam mulut serta pelbagai lagi kes yang kejam.

Itu cerita pemilik nak untung. Ini cerita pemilik yang didesak. Ibu bapa akan pening kepala apabila tukar tempat kerja atau berpindah rumah. Mereka akan cari pusat asuhan yang sesuai dengan faktor jarak. Taska dah dijumpai, tetapi penuh. Itu je yang sesuai. Jadi didesaknya pemilik taska untuk menerima dan jaga anak mereka. Ada yang tegas untuk tidak terima namun ada yang kesian. Tak mustahil terjadinya kes meninggal dunia pada hari pertama di taska kerana terlepas pandang akibat tak cukup kakitangan.

Ibu Bapa
“Saya dah habis pantang, kita kena cari pengasuh la abang..” jelas si isteri kepada suaminya. Kalau boleh, memang nak ibu sendiri yang jaga anak kita. Tetapi kerana faktor yang menghalang, nak tak nak kena jugak hantar ke pusat asuhan. Di sebuah kawasan perumahan, terdapat 1 taska. Memang sesuai kerana dekat. Dan taska lain, jauhhh jaraknya. Untuk yang mampu, memang tak jadi masalah. Sudah pasti yang dekat akan jadi pilihan bukan? Sekiranya taska yang dekat sudah penuh, sebagai seorang yang bertanggungjawab, pemilik boleh menolak permintaan ibu bapa untuk mengelakkan masalah di kemudian hari. Dan jika pemilik jenis memerlukan keuntungan, jika penuh pun, boleh je hantar anak. Akibat desakan waktu, ibu bapa tidak mempunyai masa untuk semak samada taska tersebut mempunyai lesen atau beroperasi secara haram. Kita pun hantar la anak kat situ. Tengah kerja, tiba-tiba dapat panggilan yang zuriat dihantar pagi tadi telah meninggal dunia. Rupanya taska tersebut tiada kelulusan untuk beroperasi dan buat kerja sambil lewa, serta pekerja tidak mendapat latihan yang sepatutnya.

Itu cerita ibu bapa yang terdesak. Ini cerita ibu bapa sendiri yang menjadi punca kepada kematian si kecil. Kes ini kes terpencil. Pemilik taska mendapat nama buruk akibat perbuatan ibu bapa. Anak mereka didera ketika berada dirumah. Anak tersebut lemah dan menemui ajal ketika di taska. Apabila laporan dibuat, sudah pasti pemilik dan pekerja yang ditahan untuk siasatan. Memang kecoh jadinya. Tetapi selepas siasatan dilakukan dengan terperinci, itu salah ibu bapa sendiri.

Kesimpulannya?
Susah nak simpul rapi kes ni, takut berat sebelah dan menyinggung mana-mana pihak.
🙂

2 thoughts on “Kes Bayi Mati Di Taska

  1. Salam, nak tanya di taska di mana yer?

    • Salam 🙂
      Ini artikel secara am. Dan utk gambar hiasan ni, taska kat Taman Permata, Hulu Klang. Dah kena ambil tindakan dah.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Time limit is exhausted. Please reload CAPTCHA.