Lelong Basikal Yang Bakal Dicuri

Acara lelong akan diadakan apabila barang yang dilelong sedia untuk dibida. Namun barang dalam kes ini lain dari kebiasaan. Acara sudah bermula tapi barang belum ada lagi. Seorang suspek telah memuat naik gambar basikal untuk dilelong di laman web Yahoo! Auction. Gambar tersebut diambil beberapa hari sebelum basikal tersebut dicuri! Ya, dicuri. Maksudnya? Acara membida basikal tersebut dibuka pada 12 Jun dan tamat pada 16 Jun 2013. Setelah tamat pada tarikh yang ditentukan, di waktu malam 17 Jun, garaj basikal Hiroshi Tamura telah dipecah masuk. Dia menjawat jawatan ketua editor untuk majalah basikal dikejutkan isterinya yang lihat seseorang mencuri 3 basikal milik suaminya. Polis datang dan mengesahkan kehilangan tersebut.

1.

Pada pagi hari yang sama, 6 lagi telah hilang. Yakni jumlah kehilangan ialah 9 buah basikal berkualiti tinggi! Nilai kerugian bernilai 2,200,000 yen. Pembida yang memang dalam acara lelong ini memberikan komen positif dan rating yang tinggi kepada orang yang menyediakan basikal tersebut. Namun sudah pasti mereka tak tau yang sebenarnya mereka bida basikal curi.

Secara ringkasnya, gambar basikal dimuat naik 5 hari sebelum basikal dicuri. Apabila tamat acara ini, barulah basikal disediakan untuk pemenang.

2.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Time limit is exhausted. Please reload CAPTCHA.