Pelajar Ditahan Kes Bom Buatan Sendiri

Jangan sangka orang awam di Malaysia tak boleh jadi pakar bom. Kes bom buatan sendiri terkini dan terbaru ini amat dahsyat, dimana jika bom ini diletupkan, ia mampu melambungkan sebuah kereta setinggi dua atau tiga tingkat bangunan! Seperti yang dilaporkan oleh media semalam, serbuan yang dilakukan oleh anggota polis Kedah berjaya menahan 9 lelaki termasuk pelajar sekolah yang berusia 14 tahun. Namun dia berkemungkinan sudah tidak bersekolah. 10 butir bom termasuk 7 yang belum siap dirampas dalam 2 lokasi berasingan di Sungai Petani, Kedah.

kes-bom-buatan-sendiri-pelajar-sekolah

Bahan untuk buat bom seperti belerang, paip PVC dan besi di temui dalam sebuah bengkel perusahaan kecil dan di sebuah rumah. Kes berkaitan bom2 yang dah lama tak timbul ini akan menyebabkan suspek ditahan mengikut Seksyen 8 Akta Senjata Api 1971 (Penalti Lebih Berat). Ada lagi tak yang berani nak buat bom? Tak terbayang kalau tengah buat, tiba2 meletup. Kalau boleh melambungkan kereta, bayangkan kalau bom depan mata..

Olahan semula laporan oleh sinarharian.com.my

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Time limit is exhausted. Please reload CAPTCHA.