RTM Salah Letak Muka Menteri

Awal bulan ini, kakitangan pihak penyiaran RTM telah melakukan kesilapan ketika menyiarkan logo polis. Sepatutnya ia tertulis Polis Diraja Malaysia tetapi lain pula jadinya, iaitu “Polis Raja Di Malaysia” Kakitangan tersebut telah dibuang kerja. Namun ramai yang beranggapan tindakan buang kerja tersebut terlalu tegas, cukup hanya gantung kerja untuk tempoh tertentu. Jika berulang, barulah dibuang. Mungkin pihak RTM tidak mahu perkara ini berlaku lagi.

Dah reda isu logo polis itu, Astro Awani pulak salah siar. “Muhyiddin ucap tahniah kepada keluarga Azizan”. Adakah ia angkara sabotaj? Mungkin juga salah taip? Pelbagai faktor yang boleh dijadikan punca kenapa kesilapan ini berlaku. Samada masalah peribadi ataupun kerja.

Terkini, RTM muncul lagi dengan kesilapan ketika berita sedang bersiaran. “Datuk Seri Ismail Sabri sebagai Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani” Nama menteri dan jawatannya dah betul, tetapi gambar untuk menteri berkenaan pulak yang salah! Gambar yang disiarkan ialah Dato’ Seri Ahmad Shabery Cheek. Mungkin dia keliru agaknya, dua2 nama Sabri.

Jadi pihak yang menjalankan tugas, yang bertanggungjawab perlu berwaspada terutama untuk rancangan “live” seperti berita dan bual bicara.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Time limit is exhausted. Please reload CAPTCHA.