Tikus Diajar Main Skateboard

Shane Willmott, 42 tahun, menjadi jurulatih kepada tikusnya. Apa yang dilakukannya ialah mengajar tikus bermain dan membuat skill skateboard atau papan luncur. Skate park untuk tikus2 ini ada di rumahnya, di Gold Coast Australia. Bermula pada tahun 2010, tikus dilahirkan dalam bekas yang direka khas, dilengkapi papan luncur kecil. Idea tercetus apabila dia tidak dapat bawa tikusnya pergi ke pantai kerana cuaca sejuk. Untuk beraksi, atlet bimbingannya berada di atas papan dan terdapat seutas tali untuk ia berpegang. Apabila ingin jatuh, tali tersebut mampu membantunya naik semula ke atas papan. Tikus jarang jatuh ketika membuat persembahan kerana pusat graviti haiwan ini rendah. Sepanjang Willmott melatih haiwan peliharaannya, tiada seekor pun yang mati ketika beraksi. Kalau jatuh pun, lantai skate park diperbuat daripada span untuk elakkan kecederaan.

1.

Untuk menghuraikan apa yang dilakukannya sekarang, dia berkata “I’m 42 but I’m still 14 in my mind”.

2. Shane Willmott bersama atlet bimbingannya

3. Jangan main2 tau. Gelung api tu!
🙂

4. Sepandai2 tikus main skateboard, akhirnya jatuh ke atas span jua haha

5.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Time limit is exhausted. Please reload CAPTCHA.