Tips Mudah Bangun Subuh

Berikut merupakan tips dan petua mudah bangun untuk solat Subuh. Sebagai manusia biasa, kadangkala kita sukar untuk bangun pagi dan terlepas waktu menunaikan solat. Anak-anak anda tidak terjaga apabila dikejut? Atau anda sendiri yang mengalami situasi ini? Pelbagai cara telah dilakukan namun hasilnya tetap sama. Jadi diharapkan senarai ini dapat membantu anda sekeluarga bangun di waktu pagi esok!
🙂
1. Tidur Awal
Jika anda seorang yang memerlukan rehat dan tidur mencukupi, seperti 5 6 jam sehari, tidurlah lebih awal. Paling lewat pun pukul 12 malam.
Kusyuk buat kerja, tengok2 jam dah pukul 3 pagi. Bila tidur tak cukup, memang berpotensi untuk terlepas solat Subuh jawabnya.
Tapi lain orang lain waktu tidurnya.

2. Niat Untuk Bangun Awal
Niat itu penting. Tanamkan dalam diri nak bangun pukul berapa, disertakan dengan niat. Niat kerana Allah s.w.t.

3. Berwuduk/wudhu’ Sebelum Tidur
Apabila tidur dalam keadaan berwuduk, kita akan dipelihara dari gangguan yang tak sepatutnya. Tidur lena dan cukup akan memudahkan kita untuk bangun.

4. Baca Surah Tiga Qul dan Doa Sebelum Tidur
Dengan izinNya, doa-doa ini akan menjadi “perisai”.

5. Memaafkan Semua Orang Sebelum Tidur
Tak rugi bila memaafkan orang lain walaupun perkara ini memang memeritkan. Jiwa jadi lapang. Mana la tau umur kita tak panjang, itu malam terakhir kita masih bernyawa. Ketika itu ada orang disekeliling yang mencari dan belum mendapat kemaafan kita, apa yang perlu dia lakukan..

6. Elakkan Makan Makanan Berat Sebelum Tidur
Tidak dinafikan, makan kenyang2 lepas tu tidur. Memang syok! Tapi itu boleh memudaratkan diri. Dan bila dah syok tidur, solat subuh pun entah kemana..

7. Set Jam Anda
Telefon ada 2? Set kedua-duanya. Ada jam loceng jugak? Set jangan tak set. Set ikut suka anda, waktu yang anda mampu untuk bangun. Tapi jangan la lambat sangat!
🙂

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Time limit is exhausted. Please reload CAPTCHA.