Varibike – Kayuh Basikal Guna Kaki Dan Tangan

Varibike merupakan sebuah basikal rekaan Martin Kraiss, 43 tahun. Dia yang berasal dari Ulm, Jerman menghasilkan basikal yang perlu dikayuh dengan kaki dan tangan. Dengan kos 4000 pound, basikal ini mempunyai pedal kaki seperti basikal biasa tetapi kelainannya ialah ia ada tambahan pedal tangan. Objektif Kraiss ialah untuk menghasilkan basikal yang lebih laju dari basikal biasa. Dihasilkan dalam 1 frame aluminium, ia boleh didapati dengan warna putih, hitam dan emas. Beratnya pula 15kg.

1.

Hasil ujian yang dijalankan, basikal digerak menggunakan tenaga kaki dan tangan ini 31 peratus lebih laju dari basikal yang dikayuh guna kaki!
🙂

Cuma ada 1 persoalan, tak susah ke nak belok? Nak kena kayuh dan belok dalam satu masa kan.

2.

3.

4.

5.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Time limit is exhausted. Please reload CAPTCHA.