Wanita Jepun Ingin Hamil Dan Lahirkan Jerung

Ai Hasegawa, seorang wanita berusia 33 tahun merupakan seorang anak seni dan pereka dari Jepun. Apabila melihat pertambahan populasi manusia di bumi, yang jumlahnya menjangkau hampir 9 bilion orang, dia muncul dengan idea kontroversi. Apa idea dia tu? Dia ingin menyelamat kitaran hidup dan sumber makanan dunia. Menurutnya, akibat dari pertambahan bilangan, sumber makanan semakin berkurang. Katanya lah. Oleh disebabkan itu, dengan rasa tanggungjawab, dia ingin lahirkan haiwan sebagai sumber makanan!

1.

Hasegawa akan hamil dan melahirkan pelbagai jenis haiwan, dan yang paling sesuai ialah jerung. Untuk menyokong idea gila ni, dia menyuarakan pendapat apabila bayi dilahirkan, dia akan membesar, makan dan itu akan menyebabkan kekurangan makanan. Jadi lebih baik kandungkan haiwan, bila dah beranak, boleh dibuat lauk. Dalam masa yang sama, idea ini dapat memastikan haiwan tidak diancam kepupusan. Ada pihak yang cuba tanya kepadanya, adakah perkara ini boleh dilakukan? Jawabnya tidak mustahil dan akan dia lakukan pada masa akan datang.

Kenapa pilih jerung?
Ia merupakan haiwan yang paling sesuai untuk dibesarkan dalam rahim manusia, umurnya panjang seperti manusia, antara spesis yang terancam dan paling penting ia sedap untuk dimakan!

Logik ke gila idea ni?!

2.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Time limit is exhausted. Please reload CAPTCHA.