Aktiviti Sukan Murid Di Tepi Lebuhraya

Kalau perkara2 yang unik ni biasanya berlaku di China. Mungkin kerana populasi penduduknya yang ramai. Lebih kurang 500 pelajar di Sekolah Xingguo, Guizhou tidak mempunyai tempat yang sesuai untuk menjalani aktiviti sukan. Jangan katakan padang, taman permainan pun takde. Menurut pengetua, disebabkan keadaan ini, mereka jarang dan sukar untuk mengadakan pertandingan sukan. Jadi, dimana tempat mereka bersukan ketika waktu sekolah? Di tepi lebuhraya! Ya, betul, anda tak salah baca.

1.

Murid akan buat aktiviti seperti yang kita buat ketika pendidikan jasmani dan latihan larian. Tambah pengetuanya lagi, pihak sekolah tahu bahaya yang akan menimpa murid2, tetapi mereka tidak mempunyai pilihan lain. Pelbagai bahaya yang boleh terjadi seperti kemalangan dan masalah kesihatan akibat kesan dari asap kenderaan.

Erm..Kenapa tak diperluaskan sedikit kawasan sekolah ni? Mungkin kawasannya dah padat sangat agaknya..

2.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Time limit is exhausted. Please reload CAPTCHA.