Apa Ada Dalam Kaabah

Untuk masuk ke dalam Kaabah, pintu hanya boleh di buka oleh pemegang kunci dari keturunan Bani Syaibah. Bani Syaibah ialah keturunan yang diamanahkan untuk memegang kunci Kaabah sejak turun temurun. Pada zaman Nabi Muhammad s.a.w, terdapat 6 tiang yang dibina oleh Kaum Quraisy untuk menyokong bumbung Kaabah. Kedudukan tiang kayu itu ialah dua tiang sebelah kiri, satu tiang di sebelah kanan dan tiga tiang di sebelah belakang.

dalam-kaabah

Selepas pembinaan yang dilakukan oleh Sultan Murad, 6 tiang tersebut tinggal 3, iaitu terletak di bahagian tengah Kaabah dan ia berwarna merah kekuningan. Ruang dalaman boleh memuatkan lebih kurang 50 orang, tiada tingkap dan ada satu pintu sahaja. Sebuah tangga kayu dibina di dalam Kaabah untuk menuju ke bumbung dan ia dipasang dengan tirai kain sutera hitam yang dihiasi emas dan perak. Lantai dalam Kaabah dipasang marmar putih dan merah, serta dindingnya juga dipasang marmar berwarna dan dihiasi dengan tulisan khat.

dalam-kaabah

Pelbagai lampu yang digunakan pada zaman Nabi dahulu boleh ditemui didalamnya. Apabila lampu ditukar ketika pemerintahan kerajaan, lampu yang lama akan disimpan. Sepasang kayu papan yang berasal dari bahtera Nabi Noh diletakkan pada dinding Kaabah. Antara barangan lain yang terdapat dalam Kaabah ialah sepasang subang dipercayai kepunyaan Siti Mariam dan satu tanduk kibas. Sebuah perigi terletak di sebelah kanan Kaabah yang sangat dalam merupakan perigi yang digali oleh Nabi Ibrahim a.s. dan Nabi Ismail a.s.

Subhanallah! 🙂

Olahan semula dari sumber

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Time limit is exhausted. Please reload CAPTCHA.