Apa Perlu Buat Jika Geran Kereta Motor Hilang

Geran kereta atau motor anda hilang? Kami akan jelaskan bagaimana prosedur yang perlu anda buat sekiranya kehilangan ini berlaku. Samada geran tersebut atas nama sendiri atau nama pemilik/”owner” sebelumnya, dan berapa bayaran atau kos yang perlu anda sediakan. Sebelum pergi ke kaunter JPJ berhampiran anda, pastikan anda telah menyediakan dokumen yang diperlukan untuk urusan ini. Ini bagi mengelakkan urusan yang sepatutnya siap dalam 10 minit menjadi lebih lama dan tergendala.

geran-kereta-motor
sumber gambar selangor2u.com

Pemilik tidak perlu pergi membuat laporan/report polis dan Puspakom. Berikut ialah cara-cara untuk dapatkan geran baru:

Pertama dan paling penting ialah salinan kad pengenalan atau ic. Buat salinan kad anda jika geran atas nama anda. Sekiranya geran tersebut masih dibawah nama pemilik lama, kena guna salinan kad dia.

Kedua, lengkapkan Borang Permohonan Salinan / Gantian Perakuan Pendaftaran Kenderaan Atau Salinan / Gantian Lesen Kenderaan Motor Atau Salinan Lesen Perdagangan Kenderaan Motor. Borang ini boleh didapati di kaunter JPJ dan juga boleh dimuat turun di sini: Borang JPJK7(Pind.1/2011)

Ketiga, sediakan wang bayaran. RM50 untuk kehilangan geran kereta manakala RM20 untuk geran motor.

Untuk sebarang maklumat lanjut, sila layari laman web >> Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia

Diharap artikel ini telah membantu anda yang sedang berada dalam situasi ini 🙂

*Olahan semula dari sumber terkini

5 thoughts on “Apa Perlu Buat Jika Geran Kereta Motor Hilang

  1. Thank you tuan…amat membantu.

  2. Geran moto sy hilang nama atas Germanowner asal, sy cuma ada yg fotostatje Geran, sy x jumps nk cari owner asal, apa harus sy buat?

  3. Sangat membantu!!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Time limit is exhausted. Please reload CAPTCHA.