Cara Memperkenalkan Diri Semasa Temuduga

“Sila perkenalkan diri anda” atau “Please introduce yourself” akan anda dengar apabila menghadiri temuduga. Sebelum itu, kami ucapkan tahniah untuk yang akan hadir temuduga atau “interview” dalam masa yang terdekat ini. Persiapan lengkap samada fizikal dan mental haruslah dilakukan untuk mengelakkan diri kita hilang daripada pertimbangan bakal majikan. Melalui artikel ini, kami tak nak cerita tentang apa yang anda perlu buat, “checklist”, tetapi bagaimana untuk jawab soalan ringkas yang akan ditanya pada permulaan temuduga.
temuduga-interview
Ya, soalan untuk kenalkan diri amat senang untuk dijawab. Apa susah, cerita la pasal kita. Tapi anda perlu ingat, masa itu emas. Setiap minit yang diluangkan oleh bakal majikan amat berharga, maksudnya anda perlu guna masa tersebut dengan sebaik mungkin. Mereka tak nak dengar cerita yang tiada kaitan dengan jawatan atau kerja yang anda pohon. Biar pengenalan yang ringkas/pendek asalkan tidak merepek. Jadi apa yang saya perlu jawab untuk soalan tu?

1. Sedikit maklumat latar belakang anda
– nama, umur, tempat tinggal, warganegara
2. Kelulusan
– (jika kelulusan SPM) Aktiviti apa yang anda aktif samada akademik, persatuan, sukan. Contohnya anda mohon jawatan akauntan, ceritalah tentang anda jadi peserta untuk pertandingan mengira. (jika kelulusan Diploma dan Ijazah) Sama juga. Cerita apa yang berkaitan sahaja.
3. Pengalaman kerja
– (jika sedang/pernah bekerja) Cerita pengalaman yang berkaitan dengan jawatan yang dipohon. Apa tugas anda bersama majikan terkini. Jika anda tiada pengalaman berkaitan, ceritalah sikit2 mana yang anda rasa sesuai dan jika anda lepasan universiti, cerita apa yang anda buat sepanjang menuntut. Tetapi jangan tipu!
4. Kebolehan atau “skill”
– Contohnya anda hebat guna perisian tertentu dan boleh mengendalikan peralatan pejabat.

Elakkan cerita berbentuk peribadi, seperti ahli keluarga, kehidupan dirumah dan kesusahan hidup. Jika ditanya tentang soalan peribadi, barulah anda cerita. Diharap dengan perkongsian ini dapat membantu anda bagaimana untuk jawab soalan perkenalkan diri.

Sebagai pesanan, pengenalan diri ketika temuduga tidak sama seperti di dalam resume.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Time limit is exhausted. Please reload CAPTCHA.