Dr Nayna Patel Buka Kilang Bayi Di India

Dr Nayna Patel merupakan doktor kontroversi, dimana dia ingin membuka sebuah kilang, hospital atau klinik untuk ibu tumpang. Dia telah menguruskan beratus wanita di bandar Anand, Gujarat di India untuk mengandungkan anak pasangan dari negara barat. Bayaran untuk ibu tersebut ialah sebanyak £4950 (RM25195) dan dia juga menerima bayaran dari pasangan barat sebanyak £17250 (RM87800). Sepanjang tempoh perkhidmatan sewa dan pinjam rahim ini dijalankan, hampir 600 bayi berjaya dilahirkan. Walaupun menerima kecaman hebat seperti eksploitasi wanita, dia tetap dengan pendiriannya. Masalah kehamilan antara masalah yang akan menyelubungi penduduk di dunia. Dr Nayna ingin melihat kegembiraan pasangan yang mendapat zuriat.

1.

Dalam masa yang sama, dapat meningkatkan taraf hidup penduduk di India, iaitu mereka berhak dapat lebih dari pekerjaan yang mereka lakukan. Sebagai contoh, satu pasangan di India mampu menghantar anak mereka ke sekolah inggeris dan bina rumah yang lebih selesa. Berbalik kepada cerita kilang tadi, ia dalam proses pembinaan dan mampu menempatkan 100 ibu mengandung untuk setiap rumah di dalam bangunan tersebut.

Ibu tumpang menjadi pilihan terbaik untuk pasangan yang mempunyai masalah kehamilan. Mereka mempunyai hasil persenyawaan namun tidak boleh untuk membesarkannya di dalam perut sendiri. Ada yang cuba untuk dapatkan anak selama 30 tahun. Dan ibu tumpang adalah jawapan kepada mereka.

2. Dalam pembinaan

3. Gambaran kilang bayi

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Time limit is exhausted. Please reload CAPTCHA.