Isu Rasuah Terkini Di Malaysia

Isu rasuah tak akan lenyap kerana sentiasa menjadi isu semasa dan terkini di Malaysia. Ia berlaku kerana masih ada yang mengamalkannya. Maksud dan definisi rasuah ialah penerimaan atau pemberian suapan sebagai upah atau dorongan untuk seseorang individu kerana melakukan atau tidak melakukan sesuatu perbuatan yang berkaitan dengan tugas rasmi. Ia merupakan satu tindakan yang dilakukan oleh seseorang untuk tujuan mendapatkan faedah kepada dirinya sendiri. Suapan terdiri daripada wang, hadiah, bonus, undi, perkhidmatan, jawatan upah, diskaun. Nama lain untuk aktiviti jenayah ini ialah sogokan, wang saku, dan duit kopi. Punca-punca berlakunya gejala suapan ada banyak, dari sekecil-kecil perkara hinggalah hal yang membabitkan negara. Sebelum ini, kebanyakan kes melibatkan politik dan perniagaan, namun kini telah menjalar dalam bidang sukan terutama bola sepak.
sprm-anti-rasuah
Kesan Rasuah Kepada Ekonomi Dan Negara
– Kecekapan sistem dan proses pentadbiran akan terganggu.
– Kestabilan keselamatan dan politik mula terjejas.
– Pembangunan yang tiada kepentingan didahulukan.
– Sumber pendapatan negara mungkin akan berkurangan.
– Mutu dan kualiti kerja yang dihasilkan menjadi semakin teruk.

Kesan Rasuah Kepada Individu
– Kebenaran makin pupus dalam hidup masyarakat.
– Hukum dunia boleh dilanggar sesuka hati. Tapi akhirat memang anda tak terlepas!
– Balas dendam mudah dilakukan. Ada duit semua jadi.
– Tidak mendapat keputusan yang adil. Orang bersalah yang diagungkan.
– Hidup dihimpit masalah yang timbul akibat perbuatan rasuah terdahulu.

Kesan Rasuah Kepada Masyarakat
– Kepentingan masyarakat yang berhak menerima sesuatu akan diabaikan serta dipandang sepi.
– Penjenayah dilindungi, dihormati dan disayangi.
– Golongan pendapatan rendah dan miskin akan terus ditindas.
– Sumber yang sepatutnya diterima oleh masyarakat diselewang sesedap rasa.
– Kepercayaan masyarakat terhadap mana-mana pihak akan hilang jika perkara ini berterusan.

Inilah sedikit sebanyak akibat atau impak yang akan diterima sekiranya gejala sogokan masih diteruskan. Nak tahu apa hukuman terhadap kesalahan rasuah? Berdasarkan Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 (ASPRM 2009) (Akta 694), terdapat empat kesalahan rasuah yang utama iaitu:

1. Meminta/Menerima Suapan [seksyen 16 & 17(a) ASPRM 2009] :
Mana-mana orang atau ejen secara rasuah meminta/menerima/ bersetuju menerima suapan rasuah (wang/benda/perkhidmatan dan lain-lain) sebagai dorongan atau upah untuk melakukan atau tidak melakukan apa-apa jua berkenaan transaksi tersebut atau berkenaan dengan urusan rasmi, prinsipal/majikan berkenaan.

2. Menawar/Memberi Suapan [seksyen 17(b) ASPRM 2009] :
Mana-mana orang atau ejen secara rasuah meminta/menerima/ bersetuju menerima suapan rasuah (wang/benda/perkhidmatan dan lain-lain) sebagai dorongan atau upah untuk melakukan atau tidak melakukan apa-apa jua berkenaan transaksi tersebut atau berkenaan dengan urusan rasmi, prinsipal/majikan berkenaan.

3. Mengemukakan Tuntutan Palsu [Seksyen 18 ASPRM 2009] :
Mana-mana orang memberi kepada ejen, atau ejen memberi kepada prinsipal/majikannya, suatu dokumen yang diketahuinya atau disedarinya mengandungi butir matan palsu, yang mana prinsipal / majikannya mempunyai kepentingan, dengan tujuan untuk mengeliru/memperdayakan prinsipal/majikannya.

4. Salah Guna Kuasa [Seksyen 23 ASPRM 2009] :
mana-mana pegawai badan awam menggunakan jawatan atau kedudukan untuk mendapat suapan membuat apa-apa keputusan atau mengambil tindakan berhubungan dengan apa-apa perkara mengenainya, di mana pegawai itu, saudara maranya atau sekutu- nya ada kepentingan secara langsung atau tidak langsung.

Jika Anda Gagal Melapor :-
Gagal melapor pemberian, janji atau tawaran rasuah
Seksyen 25 (1) dan (2) Akta SPRM 2009
DENDA : Tidak lebih RM100,000
PENJARA : Tidak lebih 10 tahun atau kedua-duanya sekali

Gagal melapor permintaan atau memperoleh suapan
Seksyen 25 (3) dan (4) Akta SPRM 2009
DENDA : Tidak lebih RM100,000
PENJARA : Tidak lebih 2 tahun atau kedua-duanya sekali

Pemberi Maklumat Akan Dilindungi :-
Pemberi Maklumat adalah orang yang membuat pendedahan tentang jenayah rasuah berdasarkan pengetahuannya. Mereka dilindungi di bawah Seksyen 65 Akta SPRM 2009. Mereka akan dilindungi di bawah Akta Perlindungan Pemberi Maklumat 2010 dan untuk yang menjadi saksi bagi sesuatu kes rasuah akan dilindungi di bawah Akta Perlindungan Saksi 2009.

Apabila tertuduh disabitkan dengan kesalahan memberi atau menerima suapan, dia boleh dipenjara selama tempoh tidak melebihi 20 tahun dan didenda tidak kurang daripada lima kali ganda jumlah atau nilai suapan.

Kami sebagai rakyat Malaysia percaya kadar rasuah di sini akan diturunkan hasil dari usaha yang berterusan oleh pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia.

Sumber:
1, 2

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Time limit is exhausted. Please reload CAPTCHA.